Monday, December 21, 2015

Perbezaan antara Israel,Bani Israel ,Yahudi dan Zionist

Assalamualaikum
Israel adalah nama gelaran kepada Nabi Allah Yaakub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. 
Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti.

Bani Israel adalah anak dan keturunan Nabi Yaakub iaitu 12 orang, Yusuf dan saudara-saudaranya. Dari 12 orang inilah berkembang dan menjadi Bani Israil ketika mereka tinggal di Mesir bersama Yusuf. 
Nama Bani Israil digunakan sehingga diutusnya Nabi Muhammad. Ayat Al-Quran jelas memberitahu tentang mereka, sejarah, perbuatan, taklif Allah kepada mereka.

Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.
Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland.
Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut.

Yahudi adalah bukan bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai Allah. Nama Yahudi hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah ke Madinah) lapan kali di surat; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan di At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukan pujian.

Al-Quran menyebut Yahudi daripada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian beliau. 
Beralihnya peristilahan Al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel.

Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini adalah kerana ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau.

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.
Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.
Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam Al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel.


Klik nak kenal sifat-sifat yahudi 

*Apabila kita marah pada zionis/yahudi jgn smpai terkeluar kata2 kesat atas nama israil... Dua perbezaan identiti... Yahudi sengaja mengunakan nama israil pada negaranya supaya org2 islam tanpa sedar memaki " bani israel"  yang asal yang beriman kepada Allah SWT

Wallahu a’lam

No comments: