Monday, December 21, 2015

Perang Khandaq-Latar belakang

Assalamualaikum

Perang Ahzab atau Perang Khandaq  ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. 


☆Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. 

☆Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Salman al-Farisi yang menasihatkan Nabi Muhammad (SAW) menggali parit.

☆Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.menggambarkan gabungan orang musyrik dan Yahudi menentang Islam.

☆Pengepungan menjadi 'pertarungan kepintaran' dalam mana Muslim secara taktikal mengalahkan musuh mereka sambil hanya mengalami korban kecil. 

☆Usaha bagi mengalahkan orang Islam gagal, dan agama Islam bertambah berpengaruh di rantau itu. Ekoran itu, tentera Muslim mengepung pula penempatan suku Bani Quraizah, yang membawa kepada penyerahan kalah mereka.

☆Kekalahan dalam Perang Khandaq menyebabkan Quraisy hilang perdagangan serta darjat mereka.

Perang Ahzab
Sebahagian dari Perang Muslim-Quraisy



Lukisan mohor Nabi Muhammad (SAW)
Tarikh627 Masihi
LokasiMadinah
HasilKemenangan Islam
Yang berperang
Orang IslamQuraisy dan sekutunya
Komander dan pemimpin
Nabi Muhammad s.a.w.Abu Sufyan ibni Harb
Kekuatan
3,00010,000
=================================================================

Perang Khandaq-Kemenangan Muslimin


Nabi Muhammad menghantar 100 orang Islam ke pusat bandar Madinah bagi pertahanannya sebaik sahaja baginda mendengar berita angin tentang pembelotan Bani Quraizah. Kemudian baginda menghantar 300 orang askar berkuda (askar berkuda tidak diperlukan di parit) juga bagi mempertahankan Madinah.Namun dalam keadaan cemas ini suara kuat para tentera Islam semasa menunaikan solat berjamaah di malam hari memberikan gambaran seolah-olah mereka ramai dan kuat.

Baginda menghubungi Ghatafan (suku Badwi) dan cuba memujuk mereka menyertai tentera Islam dengan menawarkan mereka sepertiga hasil tanaman buah kurma Madinah sekiranya mereka berundur. Walaupun Ghatafan meminta dibayar setengah hasil kurma, pada akhirnya selepas berunding dengan Nabi Muhammad, mereka bersetuju. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad telah bermesyuarat terdahulu dengan ketua-ketua Madinah sebelum membuat perjanjian. Pembesar-pembesar Madinah membantah dan tidak bersetuju akan syarat-syarat perjanjian,dengan alasan Madinah tidak pernah jatuh ke tahap itu,justeru rundingan dengan Ghatafan dihentikan. Mahupun Ghatafan tidak berundur, mereka telah mengundang kecurigaan sekutu lain kerana mereka telah mengadakan rundingan dengan pihak Islam. Ekoran itu, pertelagahan dalaman Gabungan bertambah runcing.

Mengikut sejarawan Ibn Ishaq, pada ketika itu Nabi Muhammad didatangi Nuaim ibn Masud, seorang kenamaan Arab yang dihormati orang Gabungan, yang telah memeluk Islam secara rahsia. Pada lawatan itu Nabi Muhammad meminta Nuaim membantu mengakhirkan pengepungan dengan menanam rasa curiga di kalangan pihak Gabungan.

Nuaim kemudiannya melahirkan satu strategi yang efisien. Beliau pertamanya pergi ke Bani Quraizah dan memberi amaran kepada mereka tentang niat ahli Gabungan yang lain. Kata beliau, sekiranya pengepungan itu gagal, pihak Arab Gabungan tidak akan ragu-ragu meninggalkan orang Yahudi kepada belas kasihan Nabi Muhammad. Justeru, Quraizah harus meminta Gabungan memberi beberapa orang sandera(tebusan) bagi memastikan kerjasama berterusan Quraizah. Nasihat Nuaim ini menimbulkan kerisauan di kalangan orang Quraizah yang sememangnya sudah mula berasa curiga.


Kemudian Nuaim pergi bertemu Abu Sufyan, ketua Gabungan, dan memberitahunya bahawa kaum Quraizah sudah berpaling tadah dan menyertai Nabi Muhammad. Beliau menyatakan bahawa kaum Yahudi itu berniat meminta sandera(tebusan) daripada pihak Gabungan, kononnya sebagai balasan kerjasama yang diberikan mereka, tetapi sebenarnya akan diserah Quraizah kepada Nabi Muhammad. Justeru, pihak Gabungan tidak sepatutnya memberikan mahu seorang pun sandera kepada Quraizah. Dan Nuaim mengulangi ceritanya kepada kaum-kaum Gabungan yang lain.

Strategi Nuaim berkesan. Setelah berunding, ketua-ketua Gabungan menyuruh Ikrimah ibn Abu Jahal pergi ke Quraizah sebagai isyarat serangan bersatu terhadap Madinah. Sebaliknya, Quraizah berkeras meminta orang tebusan sebagai jaminan yang pihak Gabungan tidak akan meninggalkan Bani Quraizah sekiranya pengepungan gagal. Pihak Gabungan pula berfikiran bahawa Quraizah akan menyerahkan sandera tersebut kepada Nabi Muhammad dan seterusnya enggan memberi orang tebusan. Perutusan dihantar pergi balik antara kedua belah pihak, namun tidak ada yang mahu berganjak.

Abu Sufyan memanggil Huyayy ibn Akhtab, dan memaklumkannya tentang sambutan Quraizah. Huyayy tersentak dan Abu Sufyan menuduhnya sebagai 'pengkhianat'. Risau akan keselamatannya, Huyayy melarikan diri ke kubu kuat Quraizah di selatan Madinah.

Puak Badwi, kaum Ghatafan, dan puak-puak lain Gabungan pula terjejas dengan rundingan yang diadakan mereka dengan Nabi Muhammad. Mereka menyertai ekspedisi gabungan hanya dengan harapan mendapat hasil penjarahan dan bukan kerana membenci Islam. Mereka putus harapan kerana pengepungan memakan masa lama (mereka tidak biasa dengan kaedah peperangan berbentuk pengepungan) dan oleh sebab itu berasa kurang minat meneruskan pengepungan. kedua-dua kelompok pihak Gabungan ini pada kesudahannya mula menuding jari dan saling mencurigai antara satu sama lain.

Pada masa yang sama bekalan pihak Gubungan juga menyusut. Kuda dan unta mati akibat kebuluran dan kecederaan. Cuaca pula amat sejuk dan hujan turun buat beberapa hari. Angin kencang bertiup dan memadamkan unggun api, sekaligus menghilangkan punca haba anggota Gabungan. Sebaliknya, penempatan Muslim terlindung daripada angin. Khemah-khemah tentera Gabungan ranap ditiup angin, unggun api padam, hujan dan pasir memercik muka mereka.Mereka menjadi ketakutan akan keadaan mereka. Kesemua ini mereka anggap sebagai petanda sesuatu yang buruk yang akan melanda mereka. Kesatuan mereka sudah berkecai. Akhirnya mereka mula berundur pada waktu malam dan pada keesokan harinya medan perang menjadi kosong.
=================================================================

Perang Khandaq-Kemusnahan Bani Quraizah dan Hasil Kemenangan kaum Muslimin

Berikutan pengunduran tentera Gabungan, orang Islam mengepung penempatan Bani Quraizah yang terletak di selatan Madinah. Mereka melakukan demikian kerana pembelotan Quraizah. Bani Quraizah menyerah kalah selepas pengepungan selama 25 hari dan kubu kuat serta harta mereka dirampas oleh orang Islam. Semasa dibawa untuk diadili, Quraizah memohon agar diadili oleh Bani Aws, sekutu lama mereka. 

Nabi Muhammad melantik ketua Aws, Sa'ad ibn Mu'adh, sebagai hakim. Sa'ad, yang tercedera semasa pertempuran, menghakimi Quraizah mengikut lunas-lunas agama yang mereka anuti, yakni mengikut undang-undang Taurat. Hasil dari itu, hukuman yang dijatuhkan terhadap Quraizah ialah hukuman bunuh bagi orang lelaki sementara kaum wanita dan kanak-kanak Quraizah diambil sebagai hamba abdi. Nabi Muhammad memepersetujui keputusan ini dan hukuman dijalankan pada keesokan harinya.

◕Orang lelaki  antara 400 ke 900 orang kesemuanya diikat dan diletakkan di bawah jagaan Muhammad ibn Maslamah, sementara wanita dan kanak-kanak diletakkan di bawah jagaan Abdullah ibn Salam, bekas rabai yang telah memeluk Islam.

Ibn Ishaq memerikan hukuman bunuh yang dilaksanakan terhadap Bani Quraizah seperti berikut:

◕Rasulullah pergi ke pasar dan menggali parit di sana. Rasulullah kemudiannya memanggil mereka, dan apabila mereka dibawa dalam kelompok-kelompok, dipenggal kepala mereka di dalam parit. 

seorang wanita yang telah membaling batu giling dari kubu Quraizah dan membunuh seorang pejuang Islam semasa pengepungan juga menjalani hukuman bunuh dan kepalanya dipenggal 

Nabi Muhammad mengambil satu perlima jarah bagi diri baginda, seperti lazim dilakukan Muslim. Sebagai sebahagian jarah, Nabi Muhammad memilih seorang daripada wanita Quraizah,Raihana. Mengikut beberapa laporan, Nabi Muhammad menawar untuk berkahwin dan membebaskannya dan Raihana menerima tawaran Nabi Muhammad. Laporan lain pula menyatakan Raihana menolak tawaran Nabi Muhammad dan kekal menjadi hamba. Raihana kemudiannya dikatakan memeluk Islam.
◕Di kalangan musuh Allah ialah Huyayy b. Akhtab dan Ka'b b. Asad ketua mereka. Bilangan mereka 600 atau 700 orang kesemuanya, walaupun ada yang meletakkan bilangan setinggi 800 atau 900. Semasa mereka dibawa keluar dalam kelompok kepada Rasulullah, mereka bertanya Ka'b apa yang akan dilakukan orang Islam terhadap mereka. Dia menjawab, 'Tidakkah anda faham? Tidakkah anda lihat yang si pemanggil tidak henti dan yang dipanggil itu tidak pulang?  ia adalah kematian!' 

◕Huyayy dibawa keluar dengan tangannya diikat pada lehernya dengan seutas tali, memakai jubah bercorak bunga; jubahnya telah ditebuk agar berlubang sebesar hujung jari agar ia tidak dirampas sebagai jarah. Apabila dia melihat Rasulullah dia berkata, 
Kemudian dia pergi bertemu orang lelaki Quraizah dan berkata, 'Benar perintah Tuhan. Sebuah kitab, dan sebuah perintah, dan pembunuhan beramai-ramai telah ditulis terhadap Bani Israel'. Kemudian diapun duduk dan kepalanya dipenggal.

Kegagalan pengepungan Madinah menandakan permulaan kebangkitan kekuasaan politik Nabi Muhammad di Madinah. Orang Makkah mencuba sedaya upaya untuk mengusir Nabi Muhammad dari Madinah, dan kekalahan ini menyebabkan mereka hilang penguasaan perdagangan dengan Syam dan martabat mereka sekali. Daripada kekuatan bala tentera yang dikalahkan Muslim, jelas bahawa angktan tentera Arab, tidak kira betapa besar, tidak dapat mengalahkan tentera Islam.

Sebelum itu: Perang Khandaq-kemenangan kaum muslimin
                   Perang Khandaq-pembelotan bani Quraizah
                        Perang khandaq-madinah di kepung
                        Perang khandaq-Menggali parit
                        Perang Khandaq-Tentera gabungan musuh
                       Perang Khandaq-latar belakang

No comments: