Monday, December 21, 2015

Malaikat Mikail..

Assalamualaikum

Malaikat Mikail merupakan malaikat yang menyampaikan rezeki termasuklah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi .Malaikat Mikail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang diciptakan Allah SWT

  • Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za’faron.(Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah)
  • Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka.
  • Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata
  •  Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa
  • Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata 
  • setiap titisan air mata itu Allah SWT ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail 
  • Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah SWT sehingga hari kiamat.
  • Di setiap muka ini pula mempunyai satu juta mulut 
  • Di setiap mulut mempunyai satu juta lidah 
  • Setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan
  • Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah SWT bagi orang-orang mukmin yang berdosa
Di samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan sebagai pembantu bagi malaikat Mikail dalam menjalankan tugas menyelia angin, membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga haiwan-haiwan dan lain-lain di muka bumi ini. Dikatakan setiap satu makhluk yang memerlukan rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia rezekinya oleh satu malaikat Karubiyyuun.


" Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir. " 


Dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: "Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

No comments: