Sunday, November 29, 2015

Bidadari Syurga Memandikan Jenazah Ibu Nabi Isa A.S


Nabi Isa a.s adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, manjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah berkata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu bersama saya.”

Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa a.s dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada dedaun kayu dan meminum air hujan sahaja.
Setelah sekian lama Nabi Isa a.s dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “ Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa di siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.”

 Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan merasa takut mendengar suaramu.” Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail).”

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?”
Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk menacabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku pulang?”

 Malaikat maut menjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tidak dapat mensia-siakan walaupun sesaat. Mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

 Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur keada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?”

Para malaikat berkata. “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “ Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.

Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau menangis sambil berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan dikala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapt membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S).
Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?” Setelah mendengar nasihat gunug, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya. Namun, mereka tidak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang daripada pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibrail. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibrail pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya.
Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang tersembunyi dariMU. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku.”

Kemudian Allah menwahyukan kepada Nabi Isa, “sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “ Asslamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah, Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku menghadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela.”

 Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang datang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikassalam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat.

Rujukan : Himpunan kisah-kisah nabi dan teladan.

Kisah Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang


Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.

Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".

Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?"

Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."

Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata Burung helang berkata :
"Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."

Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."

Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."

Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."

Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."

Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.

Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah, apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini sahaja?"
Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya.

Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail.

Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."

Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.
Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga: Sabar terhadap bencana. Sabar berlaku taat. Sabar menjauhi perbuatan derhaka.

Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi. Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.


Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi." sumber : kisah-kisah nabi

Lagenda Burung Jentayu..


Diriwayatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, disuatu masa, dunia ini didiami oleh ratusan jutaan burung-burung dari pelbagai jenis dan warna.Seiring alam dan juga dada langit berubah-ubah warnanya apabila kumpulan burung-burung yang berjumlah berjuta-juta terbang ke sana dan ke mari.Sebentar berwarna kuning,sebentar lagi berwarna kemerahan dan juga kehitaman dan begitulah silih berganti.Alam bertukar dalam kesukacitaan dunia ketika itu. Burung-burung ini berpenghulukan dua ekor burung yang teramat besar di dunia ini.Seekor burung Jentayu dan seekor burung Garuda.Dikatakan kedua-dua ekor ini mengaku bersaudara dan beramat kasih antara satu sama lain.

Burung Jentayu merupakan burung sakti yang cantik dan membawa unsur air.Bulunya berwarna putih kebiruan dan ekornya laksana ekor burung merak.Di atas kepalanya terdapat jambul seperti sebuah mahkota yang berkilauan umpama intan.Manakala burung Garuda seekor burung sakti yang hebat.Memebawa unsur api dengan bentuk seperti helang.Berbulu kuning keemasan dan mempunyai tanduk di kepala yang menyala seperti api.

Kedua-dua burung ini tugasnya menerima amanah Allah mengatur kehidupan burung-burung yang lain.Mereka sering dilihat berputar-putaran di langit menigtari alam sambil membawa dua hawa sejuk dan panas.Adapun di dalam erat persaudaraan itu terselah perbezaan antara keperibadian kedua-dua ekor burung ini.Jentayu amat meredah diri,manis pertuturan dan sikapnya,dan juga berdikari.Manakala Garuda panas baran dan amat mencintai kekayaan dunia.

Di dalam kerajaan manusia terbahagi kepada 3 kerajaan yang besar. Kerajaan Rom di barat meliputi benua Eropah dan Asia Utara.Kerajaan Raja Sulaiman ditengah-tengah meliputi Afrika,Timur Tengah,Asia Tengah,India,dan Nusantara.Kerajaan China ditimur meliputi Indon-china,China dan juga timur jauh.

Tersebut pada suatu hari,sedang Jentayu dan Garuda berbual-bual,timbullah satu hal musabab.Garuda amat berbangga dengan kehebatannya dan ingin mengaut segala kekayaan dunia untuk dirinya.Jentayu kemudian mengingatkan Garuda bahawa tugas mereka adalah memenuhi amanah Allah .Sebagai penguasa Mergastua di muka bumi ini dan setiap diri makhluk mempunyai banyak kelemahan.Nasihat Jentayu itu rupa-rupanya menyakiti hati Garuda.Lantas dengan ketika itu juga Garuda memerangi Jentayu dengan segala kesaktian.Jentayu tidak mahu mencetuskan huruhara.Kemudian Jentayu meminta maaf kepada Garuda,tetapi Garuda tidak memaafkan Jentayu dan memetuskan hubungan persaudaraan mereka.

Jentayu berduka lara lantas terbang jauh ke kaki langit.Dalam perjalanan itu, Jentayu singgah di Negeri Rom dan bertemu dengan Merong Mahawangsa, sepupu Maharaja Rom yang menyelamatkan dirinya daripada memakan buah Megabayu yang beracun.Sebagai tanda berterima kasih,Jentayu mengubah dirinya menjadi sebilah panah sakti dan mengingatkan Raja Merong Mahawangsa agar melapaskan anak panah itu saat raja itu dalam bahaya.

Setelah bertahun-tahun pemergian Jentayu, tidak sedetik di hati Garuda terkenangkan saudaranya itu.Tiba-tiba pecah berita Maharaja Rom akan mengahwinkan puteranya dengan puteri Maharaja China .Mendegar berita itu,Raja Sulaiman berasa hairan bagaimana Allah mengatur jodoh manusia sekalipun kedua-dua mempelai berasal dari negara yang berbeza dan jauh jaraknya antara satu sama lain."Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya"
Garuda yang ketika itu berada di balai penghadapan itu terdengar madah Raja Sulaiman itu.Garuda percaya bahawa dirinya dapat menghalang perkahwinan antara putera Rom dan Puteri Maharaja China dengan menggunakan kesaktiannya.Garuda juga bersumpah di hadapan Raja Sulaiman,sekirannya dia gagal menghalang perkahwinan antara putera Rom dan Maharaja China, dia akan mengurung dirinya di dalam kawah gunung berapi.Raja Sulaiman cuba memberi nasihat kepada Garuda bahawa jangan bersikap sombong.

Garuda lansung tidak mempedulikan nasihat Raja Sulaiman.Dia bertekad menghalang perkahwinan itu kerana dia berasa dapat berbuat sedemikian.Langkah pertamanya ialah menyerang istana Maharaja China.Terlalu ramai bala tentera China yang terkoban.Garuda mematahkan tingkat atas pagoda istana dan terus membawa puteri Maharaja China ke Pulau Langkawi .

Rombongan mempelai putera Rom sudah memasuki Tanjung Harapan. diketuai oleh Raja Merong Mahawangsa sebagai paman kepada putera Rom.Burung Rajawali yang sedang berlegar di langit terbang ke Pulau Langkawi untuk menyampaikan khabar kepada Garuda bahawa mempelai putera Rom sudah tiba di Teluk Benggala.

Di Teluk Baggala itu,Garuda menyerang dan memusnahkan Jong bahtera Rom yang berjumlah 100 buah lengkap bersenjata.Anak panah umpama hujan menuju ke arah Garuda.Namun tidak berupaya melukakannya.Garuda memuntahkan api dari paruhnya menyebabkan habis kesemua bahtera hancur terbakar.Putera Rom jatuh ke laut dan hilang dari pandangan.
Di saat genting itu,Raja Merong Mahawangsa melepaskan anak panak kesaktiannya.Anak panah itu luncur ke udara umpama kilat putih membelah langit,berputar-putar menjadi Jentayu berhadapan dengan sahabat lamanya,Garuda.

Peperangan sengit sudah tidak dapat dielakkan lagi.Satu pertarungan hidup dan mati.Setitis air mata Jentayu jatuh ke bumi.Pertempuran bermula.Halilintar sabung menyabung.Ombak beralun tujuh hasta,manakala seluruh Nusantara sudah gempa dengan dengan api lahar naik membuak-buak akibat tekanan kuasa sakti Garuda dan Jentayu.

Pertarungan itu ama memeranjatkan Garuda kerana kekuatan Jentayu seimbang dengan dirinya.Dengan Seekor Burung Helang dalam pertempuran itu, Jentayu dan Garuda masih sempat berhubung secara laduni.

"Bersungguh benar abang Garuda ingin menghapuskan kita" keluh Jentayu. "Aku akan hapuskan siapa yang berani menghalang rancangan ku,termasuk dirimu Jentayu"!!! mata Garuda sudah menyorot ganas.

Mereka bertarung dengan kesaktian yang amat hebat. Jentayu berfikir bahawa sahabtanya Garuda tetap akan membunuhnya.Jentayu sengaja membuka ruang.Tikaman susuh kiri Garuda terbenam ke ulu hati Jentayu.Jentayu kehilangan nyawanya di tangan saudaranya sendiri.Sebelum menghembuskan nafas terakhir,setitis air mata jentayu jatuh ke dalam laut disambut sang Tiram dan disimpan menjadi mutiara.Jasad Jentayu jatuh ke dalam laut Khalzum.Di dasarnyalah Jentayu bersemadi.

Garuda bersorak riang.Terbang mengitari alam mengkhabarkan berita kejayaanya.Raja Sulaiman mendapat ilham bahawa Putera Maharaja Rom hanyut terdampar di laut Selat Melaka dan bertemu puteri Maharaja China di Pulau Langkawi.Raja Sulaiman menitahkan agar Pagoda itu dibawa ke istana baginda.


Sebaik sahaja dibuka pintu Pagoda itu,Keluarlah putera Maharaja Rom dan Puteri Maharaja China menghadap Raja Sulaiman.Garuda merasa amat malu akan tindakannya lalu terbang ke lautan pasifik dan menghumbankan dirinya ke dalam sebuah kawah di sebuah pulau.

Misteri Burung Cenderawasih


Burung dari Kayangan ...

Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca setia blog ini.

Dengan nama Allah s.w.t saya mulakan entri ini. untuk entri kali ini saya ingin berkongsikan anda mengenai satu misteri yang sejak turun-temurun , zaman-berzaman menjadi satu persoalan yang masih lagi tidak dapat dirungkaikan. Saya pasti antara kita pernah mendengar mengenai nama burung cenderawasih. Pelbagai misteri telah dikaitkan mengenai burung ini. Pelbagai cerita mistik diceritakan dari generasi ke generasi, oleh orang terdahulu, termasuklah dari nenek moyang kita.

Telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk , ada mengisahkan tentang seekor burung yang diberi nama burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali Allah. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘ariel‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih ini .


Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih . Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. .

Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama , sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejakkan kakinya ke bumi. Namun yang memnambahkan lagi misterinya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain kerana bangkai burung cenderawasih ini tidak mereput.Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian yang dijalankan secara saintifik, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China . Bagi kalangan penduduk Eropah dan masyarakat Barat, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.

Secara faktanya dan jika dikira dari kajian mengenai burung ini, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapati hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), di wilayah Indonesia sahaja.

Namun yang peliknya tentang suatu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah orang yang beruntung. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. 

Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Berdasarkan pendapat ramai orang yang telah ditemui yang menggunakan bulu burung cenderawasih sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung dan sebarangan burung. Penuh dengan keunikan, misteri, mistik, keajaiban ciptaan Allah s.w.t yang masih tidak dapat dirungkaikan.

Saturday, November 28, 2015

Rahsia Solat Dari Sudut Pandangan Sains

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan keatas umat Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dengan menurut rukun solat yang ditentukan. Apakah rahsia disebalik solat dari sudut pandangan sains?

Ali bin Abi Talib r.a. berkata:
“Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, ‘Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
Lalu Rasullullah saw bersabda:
‘Silakan bertanya’.
Berkata orang Yahudi:
‘Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’
Sabda Rasullullah SAW:
“Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya”.
“Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi”.
“Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya”.
“Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku”.
“Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir”.

Rahsia Solat Dari Sudut Sains
Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Antaranya ialah:
  1. Aktiviti otot – Solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.  Solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
  2. Isyarat otak – Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat.
  3. Komposisi tubuh –  Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Sunday, November 22, 2015

Tafsir surah Al-Baqarah ayat 1-5


Muqaddimah

Surah "Al-Baqarah" yang 286 ayat itu turun di Madinah yang sebehagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah,kecuali ayat 281 durunkan di Mina pada Hajji wadaa' (haji nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir).Seluruh ayat dari surah Al-Baqarah termasuk golongan Madaniyyah,merupakan surah yang terpanjang diantara surah-surah Al-Quran yang didalamnya terdapat pula ayat yang terpanjang (ayat 282)

Surah ini dinami surah "Al-Baqarah" kerana di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang dperintahkan Allah s.w.t kepada Bani Israel (ayat 67 sampai ayat 74),di mana dijelaskan watak oarng yahudi pada umumnya.Dinamai "Fushaatul Quran" (puncak Al-Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain.Dinamai juga surah "alif-lam-mim" kerana surah ini dimulai dengan "alif-lam-mim"

asbabun nuzul (sebab ayat diturunkan) ayat 2 hingga 5
Mujahid menjelaskan,bahawa empat ayat pertama tersebut duturunkan untuk menerangkan sifat-sifat dan perilaku orang mukmin (HR. Faryabi dan Ibn Jarir)

isi-isinya
1.Keimanan:
-Dakwah Islamiyah yang dihadadkan kepada umat islam,ahli kitab dan para musyrikin

2.Hukum-hukum:
-perintah mengerjakan solat;menunaikan,hukum puasa ,hukum haji dan umrah,Hukum qisas,hal-hal yang halal dan yang haram;bernafkah di jalan Allah;hukum arak dan judi;cara menyantuni anak yatim;larangan riba,hutang piutang;nafkah yang berhak menerimanya;wasiat kepada dua orang ibubapa dan kaum kerabat;hukum sumpah;kewajipan menyampaikan amanah;sihir hukum merosak masjid;hukum merubah kitab-kitab Allah;hukum haid,'iddah,talak,khuluk,illakdan hukum susuan;hukum melamar,mahar,larangan mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya;hukum perang

3.kisah-kisah
-Kisah nabi Adam a.s;kisah nabi Ibrahim a.s;kisah nabi Musa a.s dengan bani Israel

4.dan lain-lain
-Sifat-sifat orang yang bertakwa;sifat-sifat orang munafiq;sifat-sifat Allah;perumpamaan-perumpamaan;arah kiblat,kebangkitan selepas mati.

terjemahan dari surah al-baqarah
Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 1-5 yang bermaksud:
1.Alif Lam Mim
2.Kitab (al-quran) ini tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
3.(iaitu mereka yang beriman) kepada yang ghaib,yang mendrtikan sembahyang dan menafkahkan setiap rezeki yang kini dianugerahkan kepada mereka
4.dan orang-orang yang beriman kepada (kitab)yang diturunkan kepada engkau (ya muhammad)dan (kitab) yang diturunkan sebelum engkau,sedang mereka itu yakin akan adanya hari akhirat
5.mereka itu atas petunjuk daripada tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang menang

tafsir dari ayat
-kata-kata ulama  bahawa alif-lam-mim itu,Allah yang mengetahui maksudnya.Tetapi setengah mereka mengatakan,bahawa ia nama surah yakni surah ini ada dua namanya
a.surah al-baqarah      b.surah al-imran

Orang-orang yang bertakwa iaitu:
-orang-orang yang percaya kepada sesuatu yang ghaib (sesuatu yang tidak dapat ditangkap dengan salah satu pancaindera),seperti percaya ,bahawa di atas kekuasaan manusia ada yang maha kuasa,iaitu Allah.Orang-orang yang beragama memang percaya kepada yang ghaib itu.Tetapi orang yang tiada agama tiada percaya,melainkan kepada apa-apa yang dapat disaksikan dengan pancaindera atau dengan perkakas ilmu alam dan kimia.Pada abad XX ini sudah banyak profesor-profesor di eropah dan Amerika yang telah percaya kepada yang ghaib,iaitu tatkala mereka menyelidiki "ilmu spritualisme" dan "ilmu hypnotisme" (mesmerisme).Dengan percubaan mereka telah banyak orang-orang yang terpelajar di Eropah yang percaya dengan adanya roh manusia,sebagai pokok bagi mereka untuk percaya kepada Allah,Malaikat dan sebagainya

-Orang-orang yang mendirikan sembahyang,ertinya mengerjakan sembahyang denga jasmani dan hati yang khusyuk.Adapun orang yang sembahyang dengan jasmani saja,sedang hatinya tidak menghadap Allah s.w.t,maka orang itu tidak dinamai mendirikan sembahyang.

-Orang-orang yang membayarkan sebahagian hartanya untuk menolong fakir miskin (berzakat)

-Mereka yang percaya kepada Al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi dahulu kala

-Mereka percaya dan yakin akan hari yang kemudian (hari akhirat).Waktu itu akan diseksa orang-orang yang membuat kejahatan dan memberi nikmat kepada oarng-orang yang membuat kebaikan
Orang-orang taqwa itulah yang menang dan sukses dari dunia sampai ke akhirat.Dan itulah mereka yang mendapat nikmat daripada Allah serta tiada dimurkai dan tiada pula sesat (al-fatihah ayat 7)

Surat al-Baqarah 3 ayat terakhir dan terjemahannya


(284)  Lillahi maafis-samaawaati wa maa fil-ardh. 
Wa in tubduu maa fi anfusikum au tukhfuuhu yuhaa sibkum bihi-llah.
Fayaghfiru lima yasyaa-u wa yu’adz-dzibu ma-yasyaa.
Wallaahu ‘alaa kulli syai-in qodiir. 


(284) Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.
Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya;
Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


(285)  Aamanar-rosuulu bimaa-unzila ilaihi mir robbihi wal-mu’minuun. 
Kullun aamana billahi wa mallaaikatihi wa kutubihi wa rusulih.
Laa nufarriqu baina ahadim mir-rusulih.
Wa qooluu sami’naa wa atho’naa. ghufroo naka robbanaa wa ilaikal-mashiir. 


(285) Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman.
Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.
(mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”,
Dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (mereka berdoa): “Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.


(286)  Laa yukallifu-llaahu nafsan illa wus’ahaa. 
Lahaa maa kasabat wa ‘alaiha maaktasabat.
Robbanaa laa tu-aakhidznaa in-nasiinaa au akhtho’naa. 

Robbanaa wa laa tahmil ‘alainaa ishron kamaa hamaltahu, ‘alal-ladziina min qoblinaa.
Robbanaa wa laa tuhammilnaa maa laa thoo-qotalanaa bih
Wa’fu’anna waghfirlanaa warhamnaa.
Anta maulaanaa fanshurnaa ‘alal-qoumil-kaafiriin.


(286) “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.
Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau  kami tersalah.
Ya  Tuhan  kami,  janganlah  Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau  bebankan  kepada  orang-orang  sebelum  kami.
Ya Tuhan kami,  janganlah  Engkau  pikulkan  kepada  kami apa yang  tak  sanggup  kami  memikulnya.
Beri ma’aflah  kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.


Dari Ibnu Mas’ud ra, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barang siapa membaca Ayat Kursi, serta ayat terakhir dari QS. Al-Baqarah, maka rumahnya tidak akan dimasuki oleh syetan sampai pagi.” [HR. At-Thabrani dalam kitab Al-Kabir dan Al-Hakim dalam shahihnya]

Saturday, November 21, 2015

9 RAHSIA HIDUP KITA TERJAWAB DIDALAM AL-QURAN


1-KENAPA AKU DIUJI?
Surat Al-Ankabut: 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami   telah   menguji   orang-orang   sebelum   mereka,   maka   sesungguhnya   Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah  mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
Surah Al-Imran ayat 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir.”

6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
Surah Ali-Imran ayat 200
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”

7-APA JAWAPANNYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46
”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat  kecuali  bagi orang-orang  yang khusyuk,  (yaitu)  mereka  yang  yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”

8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
Surah Ali-Imran: 173
“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,
dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”


SUMBER

Misteri Di Sebalik Kota Mekah


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.


Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)


Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.


Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)


RAHSIA KAABAH


IMEJ KAABAH DI MEKAH,di lihat dari satelit ...kelihatan terang dan bercahaya.

Serba sedikit info berkaitan Kaabah,Rasanya bagus jugak kalau dapat kongsi dengan pengunjung-pengunjung blog ini, Untuk tambah ilmu pengetahuan kita sebagai seorang muslim.


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermak na peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu ada lah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu ba nyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelom bang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sejarah Binaan keliling Kaabah
Hajarul Aswad

Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.

Hijr Ismail

Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.

Multazam

Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.

Telaga Zamzam

Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.

MAKAM IBRAHIM

Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu dan di atas batu itulah Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Di sini kita dituntut berdoa selepas melakukan sembahyang sunat tawaf 2 rakaat. ::)

Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

PEMBONGKARAN HUBUNGAN ANTARA KAABAH DAN HARI KIAMAT



Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )

Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf ?

Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:

1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.

2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??

Pembongkarannya…


1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,

Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.

Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.

Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!

Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.

Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.

Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.

Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.

Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.

Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).

Kesimpulan

1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.

Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.

2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.

4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.

5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)

Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.

Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.

Semoga bermanfaat..

Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:

1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).

3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.

4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.

5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..

Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.

Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.

Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab.


HAIWAN JUGA SUJUD DI HADAPAN KAABAH . . .