Monday, March 2, 2015

Tarikh Keputusan SPM 2014 Diumumkan 3 Mac 2015


Tarikh Keputusan SPM 2014 Diumumkan 3 Mac 2015


results spm 2014
Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2014 tidak usah terlalu memikirkan bila tarikh keputusan SPM 2014 diumumkan dan hanya perlu fokus kepada peperiksaan tersebut supaya mendapat keputusan cemerlang
TARIKH KEPUTUSAN SPM 2014 DIUMUMKAN PADA 3 MAC 2015
Ini berikutan tarikh rasmi keputusan SPM 2014 akan diumumkan pada 3 Mac 2015 iaitu dua minggu lebih awal daripada tahun sebelumnya
Pemilihan tarikh tersebut adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian pra universiti, asasi dan matrikulasi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara
Berikut adalah maklumat untuk mendapatkan keputusan (result) SPM 2014 pada tarikh rasmi keputusan itu diumumkan nanti
Info Dan Tarikh Semakan Keputusan SPM 2014
Lokasi
  • Calon boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah
  • Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar dahulu
Tarikh Dan Masa3 Mac 2015 / mulai jam 10 pagi
Semakan Guna SmsCalon-calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM menerusi Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut
  • Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
CONTOH
  • SPM 971403025778 KC007B067 hantar ke 15888
Semakan Results SPM 2014 SMS
Semakan Secara OnlineAkan dinyatakan pada hari keputusan diumumkan




No comments: