Monday, March 2, 2015

Informasi selain Cuti sekolah 2015 kalendar takwim penggal persekolahan


Cuti sekolah 2015 kalendar takwim penggal persekolahan

lawak cuti sekolah
Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2015
MYsumber yakin pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2015 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara
Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2015, MYsumber cadangkan bawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian
Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi
Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna
CUTI SEKOLAH 2015 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Berikut MYsumber sertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2015 di seluruh negeri. Menurut lampiran yang dikeluarkan, perincian ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu
cuti sekolah 2015
Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Cuti Pertengahan Penggal 113 Mac hingga 21 Mac
Cuti Pertengahan Tahun29 Mei hingga 13 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 218 September hingga 26 September
Cuti Akhir tahun20 November hingga 2 Januari 2016
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85
cuti sekolah malaysia 2015
Kumpulan B : Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 114 Mac hingga 22 Mac
Cuti Pertengahan Tahun30 Mei hingga 14 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 219 September hingga 27 September
Cuti Akhir tahun21 November hingga 3 Januari 2016
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85

dikemaskini logo
29.12.2014Sila Rujuk : Penangguhan Tarikh Bermula Sesi Persekolahan 2015 Seluruh Negeri Akibat Banjir


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/cuti-sekolah-2015-kalendar-takwim-penggal-persekolahan.html#ixzz3TD3ytwz2

No comments: