Sunday, January 11, 2015

senarai-sekolah-di-kelantan-pahang-perak-cuti-lagi-seminggu.


Cuti Sekolah 2015 Banjir
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan media bertarikh 9 Januari 2015 mengumumkan beberapa buah Sekolah di Kelantan, Pahang dan Perak ditangguhkan sesi persekolahan lagi seminggu disebabkan banjir
Menurut kenyataan itu, sekolah-sekolah disenaraikan seperti dalam lampiran dibawah masih dinaiki air dan ada yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara
Selain itu terdapat beberapa buah sekolah mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid
Susulan daripada perkara ini, KPM memaklumkan bahawa sejumlah 41 buah sekolah iaitu 4 buah di negeri Kelantan, 18 buah di negeri Pahang dan 19 buah di negeri Perak akan ditunda sesi permulaan persekolahan 2015 selama seminggu lagi
a. Bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Kelantan, tarikh baharu permulaan sesi persekolahan adalah pada 18 Januari 2015 (Ahad)
b. Manakala bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Perak dan Pahang, tarikh baru permulaan sesi persekolahan adalah pada 19 Januari 2015 (Isnin)

KPM juga memaklumkan bahawa jumlah 5 hari tersebut adalah merupakan jumlah hari persekolahan yang perlu diganti oleh sekolah yang terlibat

LAMPIRAN SENARAI SEKOLAH TERLIBAT BANJIR YANG DITUNDA SESI PERSEKOLAHAN KEPADA 18 DAN 19 JANUARI 2015
Berikut adalah senarai sekolah di Perak, Kelantan dan Pahang yang ditangguhkan sesi awal persekolahan 2015 selama seminggu lagi akibat banjir
Sekolah Di Perak 2015
Sekolah Di Kelantan 2015
Sekolah Di Pahang 2015
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini, sila baca PDF: Kenyataan Media Penundaan Sesi Persekolahan Sekolah-Sekolah Terlibat Banjir atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan http://www.moe.gov.my


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/senarai-sekolah-di-kelantan-pahang-perak-cuti-lagi-seminggu.html#ixzz3OVk06Jca

No comments: