Thursday, January 15, 2015

Rahsia Anak Bersolat Tanpa Perlu Disuruh

Daku Amat Menyintai Mu

SEBAGAI ibubapa muslim, ibubapa mana yang tidak mahu melihat anak-anak mereka menunaikan solat. Usah kata solat sunat jika anak-anak menjaga solat fardhu 5 waktu yang wajib pun sudah rasa bersyukur sangat. Bagi si ibu terasa sejuk perut yang mengandung. 

Namun di zaman yang serba-serbi mencabar ini termasuklah dalam hal mendidik anak-anak tidak sedikit ibubapa yang berduka kerana anak-anak mereka cuai menunaikan rukun Islam kedua selepas mengucap kedua kalimah syahadah ini. Bukan sedikit dan kecil amaran dan ancaman dari Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w bagi orang-orang yang dengan sengaja mencuaikan kewajipan menunaikan solat fardhu lima waktu. Jadi ibubapa mana yang mahu anak-anak yang dilahirkan dan dibesarkannya diazab di alam kubur dan di akhirat kelak. 

Rahsia yang buat anak anda solat
Tanpa perlu disuruh, dibebel dan dipukul?

Kepada ibubapa atau sesiapa saja yang prihatin dengan anak-anak dan keluarganya dalam soal solat ini, sila baca kisah dan RAHSIA yang dikongsikan oleh seorang ibu berikut ini. Si ibu ini pun pada mulanya menghadapi masalah anaknya yang malas bersolat sehinggalah dia berjaya mengatasi masalah itu berkat kerisauannya dan doa. Sesungguhnya hidayah Allah itu untuk hamba-hamba-Nya yang benar-benar inginkan petunjuk dan hidayah-Nya. 

Berikut ini kisah dan rahsianya; 

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. 

Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je..tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya "dah". Saya rasa sangat marah, dah la tak solat, menipu pulak. Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya. 

Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning tapi anak saya tetap tak berubah, susah dan liat nak solat. 

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh. 

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh? Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”. Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ini. 

Saya baca dalam sujud setiap kali solat dan bila-bila je, doa...doa...dan doa. Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah. Solat tak perlu disuruh dah. Solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan. Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang solat tanpa perlu disuruh. 

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat 40. Doa adalah : 

Daku Amat Menyintai Mu

Rabbij ‘al nii muqiimas solaati wa min zurriyyatii rabbanaa wataqobbal Du’aa

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Al-Quran : surah Ibrahim ( سورة إبراهيم) ayat 40)

Insya Allah. Jom Amalkan, semoga anak-anak kita semua rajin mendirikan solat. Amin. 

No comments: