Thursday, January 15, 2015

Fenomena Ditindih Ketika Sedang Tidur

Daku Amat Menyintai Mu

KEJADIAN ditindih ketika sedang tidur seringkali juga kita dengar menerusi perbualan dalam masyarakat atau mungkin anda sendiri pernah mengalami. Tidak kurang yang mengaitkan kejadian ini dengan kewujudan makhluk halus yang dikatakan ‘menggangu’ manusia yang sedang tidur. Sejauh mana fenomena ini telah menganggu kehidupan manusia? Satu kajian telah dilakukan untuk mencari jawapan saintifik terhadap masalah ini.

Fenomena ditindih ketika tidur seringkali dialami
Ketahui penjelasan kajian saintifik terkait masalah ini

Fenomena ini telah dikaji oleh pengamal perubatan di barat yang menamakan fenomena ini sebagai Sleep Paralysis atau kelumpuhan sementara semasa tidur. Sleep Paralysis ini boleh menyebabkan orang yang mengalaminya berasa takut. Terutamanya jika seolah-olah ternampak sesuatu bayangan lembaga, terasa atau terdengar sesuatu walau sebenarnya tiada apa-apa di situ. Kejadian itu boleh terjadi sekali atau berkali-kali dalam semalaman. 

Apakah itu Sleep Paralysis? 

Sleep Paralysis atau kelumpuhan tidur adalah perasaan dimana individu itu sedar tetapi tidak dapat bergerak. Ia terjadi ketika seseorang itu sedang melalui peringkat antara terjaga dan tidur. Ketika ia berlaku, seseorang itu tidak dapat bergerak atau bercakap untuk beberapa saat atau beberapa minit. Mengikut pakar, kejadian ini sering terjadi ketika seseorang itu terlampau letih dan keinginan untuk tidur itu terlampau kuat tetapi otak gagal ‘menerima mesej’ yang cuba disampaikan oleh tubuh. 

Adakah Sleep Paralysis merbahaya? 

Para pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakkan kes, Sleep Paralysis adalah hanya petanda bahawa badan kita tidak bergerak secara teratur semasa dalam peringkat-peringkat tidur. Jarang sekali dijumpai kes dimana Sleep Paralysis ini berhubung kait dengan masalah Psikiatri yang tersembunyi. 

Bilakah Sleep Paralysis ini berlaku? 

Sleep Paralysis biasanya terjadi sekali dalam masa tertentu. Jika ia berlaku ketika sedang tidur, ia dipanggil hypnagogic atau predormital. Jika ia berlaku ketika seseorang sedang berjaga pula, ia dipanggil hypnopomic atau postdormital

(i) Hypnagogic atau predormital 
Ketika kita mula hendak tidur tubuh akan menjadi relaks secara perlahan-lahan. Kebiasaanya tidak lama setelah itu tubuh akan menjadi kurang peka, jadi kita tidak akan perasan sebarang perubahan yang berlaku. Bagaimanapun, jika kita masih sedar atau peka ketika mula hendak tidur, mungkin kita akan perasan bahawa kita tidak dapat bergerak atau bercakap ketika itu. 

(ii) Hypnopomic atau postdormital 
Ketika tidur, badan kita saling bertukar-tukar antara tidur REM (rapid eye movement) dan tidur NREM (non-rapid eye movement). Satu kitaran REM dan NREM bertahan selama 90 minit. Tidur NREM berlaku dahulu dan mengambil 75% dari masa tidur kita. Semasa tidur NREM, badan menjadi relaks dan menyimpan tenaga semula. Pada akhir NREM ini, tidur kita akan berubah kepada tidur REM. Mata akan bergerak dengan lebih cepat dan mimpi pun terjadi pada tahap ini, tetapi seluruh tubuh kekal relaks. Otot badan akan “turned-off”ketika tidur REM ini. Jadi, jika kita masih sedar atau tersedar sebelum berlakunya kitaran REM ini, kita mungkin akan perasan tubuh kita tidak dapat bergerak atau bercakap. 

Itulah serba sedikit jawapan saintifik kepada fenomena ditindih ketika tidur menurut kajian yang dibuat olah pengamal perubatan barat. Namun kita sebagai orang Islam yang beriman kepada hal-hal yang ghaib, tidak dapat tidak memang percaya kepada wujudnya gangguan JIN dan SYAITAN. Jadi jika masih berasa was-was atau takut, amalkan membaca Ayat Qursi sebelum tidur, tasbih Fatimah, baca surah 3 Qul dan hembus ditapak tangan sebelum disapu keseluruh tubuh yang terjangkau tangan. Juga surah Al-Kafirun sebagai penutup bicara sebelum tidur. Insya Allah tidur kita akan tenang dan damai dalam peliharaan Allah.

No comments: