Wednesday, August 27, 2014

Ingikah anda berada paling hampir di sisi Allah SWT ?

8 Pahala Besar yang Allah SWT telah tawarkan

Rasulullah SAW telah bersabda :  Hamba Allah yang paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika hamba yang sujud kepada Allah SWT, oleh yang demikian marilah kita memperbanyakkan sujud kepada Allah SWT dalam semua perkara- Kita sujud kepada Allah SWT disaat membina rumah tangga- Kita sujud kepada Allah SWT semasa melakukan perniagaan- kita sujud kepada Allah SWT semasa bertugas di pejabat- Kita sujud kepada Allah SWT semasa memakai pingat-pingat kebesaran/ciptaan manusia – Kita sujud kepada Allah SWT semasa  meguruskan jenazah, segala-galanya kita mengharapkan keberkatan dan kerahmatan  daripada Allah SWT, kita tidak jadikan semua arahan Allah SWT sebagai peluang perniagaan dan memeras untung sesama umat Islam.
Ingikah anda  pahala haji ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Menunaikan umrah semasa bulan Ramadhan mendapat pahala sebagaimana pahala haji.
Ingikah anda membina rumah di dalam Syurga   ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa membina masjid untuk Allah, Allah SWT akan membina baginya sebuah Mahligai di dalam Syurga.
Ingikah anda   keredhaan Allah SWT ?
Rasulullah SAW telah bersabda : sesiapa yang makan dan minum yang disertakan dengan pujian kepada Allah SWT akan mendapat keredhaan daripada  Allah SWT.
Ingikah anda doa dimakbulkan  ?
Rasulullah SAW telah bersabda :  Doa diantara azan dan iqamah tidak akan ditolak.
Ingikah anda  mendapat pahala puasa selama setahun ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berpuasa setiap bulan sebanyak 3 hari,maka dia akan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.
Ingikah anda pahala sebesar bukit  ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berada disisi  jenazah dan menunaikan solat jenazah keatasnya serta menguburkannya dia akan mendapat pahala seperti 2 Qirat, sahabat bertanya apakah itu 2 Qirat, Rasulullah SAW menjawab : 2 Qiraat adalah 2 bukit yang besar.
Ingikah anda  bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam  Syurga ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa memelihara anak yatim dia akan bersahabat dengan Rasulullah SAW sebagaimana rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah.

6 Kebesaran Dan Keagongan Solat Di Sisi Allah SWT

1-Tanda Perintah Allah SWT yang mencintai hambanya.
Solat adalah diantara perbuatan malaikat yang Allah jadikan sebagai tugas suci Para Malaikat. Ada diantara malaikat yang Allah SWT perintahkan sujud dan bertasbih kepadaNya sampai hari Kiamat. Sebagai membuktikan Allah SWT ingin memuliakan manusia melebihi malaikat maka Allah SWT perintahkan manusia melakukan amalan suci solat yang difardukan keatas kita sekarang.
2-Talian Suci diantara makhluk dan pencipta.
Dalam solat kita berada dalam keadaan suci rohani dan jasmani, kita berinteraksi dengan Allah SWT tanpa memakai pangkat dan tanpa berlandaskan hawa-nafsu. Hubungan kita adalah hubungan yang Maha Penting, segala urusan dunia yang kita lakukan diluarkan solat kita persembahkan kepada Allah SWT agar dinilai dan dikritik oleh Allah SWT pada hakikatnya, walaupun kita tidak sebut satu-persatu tetapi sebenarnya apa yang ada di dalam hati kita dan apa yang kita pakai semasa solat sudah cukup memberi nilai kepada kiraan Allah SWT. Oleh itu kekusyukkan solat juga adalah bertolak dari perbuatan dan pekerjaan diluar solat. Jika baik amalan dan pekerjaan diluar solat maka senanglah baginya untuk mendapat khusyuk di dalam solat, begitulah disebaliknya.
3-Solat adalah penyejuk hati di Sisi Allah SWT.
Apabila solat yang dipersembahkan kepada Allah SWT sebagai lambang kesucian amalan dan pekerjaan seharian, maka solat tersebut adalah penyejuk hati kepada pandangan Allah SWT yang menembusi tujuk lapis bumi dan langit.
Perbuatan yang penuh beradab dan berakhlak semasa solat serta bacaan yang mengandungi sebutan makhraj yang betul, bacaan yang amat teratur akan dirakamkan oleh Jibrail A.S. dan disimpan di Luh Mahfuz. Solat tersebut mendapat pujian daripada Allah SWT serta para malaikat.
4-Mikraj kepada Allah SWT.
Solat yang kita lakukan dengan penuh sifat kerohanian adalah Mikraj atau Pendakian Roh (hubungan kerohanian) kita untuk bertemu dengan Allah SWT semasa solat.
Pada saat kita berdiri dan membaca serta melakukan solat sebenarnya Roh kita telah mendaki alam Roh  (hubungan kerohanian) dan berada dihadapan Allah SWT, bayangkan satu hari satu malam, lima kali Roh (hubungan kerohanian) kita berada mengadap Zhat Allah SWT. Apakah kita masih sanggup menipu Allah SWT dicelah-celah waktu selain daripada solat ?. Maha Suci Allah SWT dalam memfardukan Solat kepada kita semua.
5-Solat Adalah Kunci Khazanah Kepada Segala Kekayaan Allah SWT.
Solat merupakan kunci penggerak kehidupan dan penghubung kepada segala perbuatan dan amalan seharian kita semua. Ramai orang melakukan solat hajat setelah barang milik mereka hilang atau apabila ada hajat seperti untuk menghadapi peperiksaan, memulakan perniagaan dan sebagainya. Apakah semua hajat tersebut telah diredhai oleh Allah SWT dan telah menepati seratus-peratus dengan apa yang Allah SWT gariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sehingga kita sanggup menjadikan keputusan dan hajat kita adalah sama dengan hajat dan keputusan Allah SWT.
Sebenarnya solat lima fardu adalah kenci penyelesaian kepada segala permasalahan tersebut. Solat Lima Fardu sebenarnya adalah pengukur Allah SWT untuk menerima dan memakbulkan segala permintaan hambaNya. Jika setiap malam dan siang kita memperolehi khazanah milik Allah SWT, pasti jumlahnya setiap bulan dan tahun kita akan mendapat Bonus Rahmat dan Ihsan Allah SWT.
6-Menepati Kehendak Allah SWT.
Solat adalah satu ibadat yang paling mencukupi prinsip-prinsip penghambaan dan prinsip-prinsip ketuhanan. Allah SWT  adalah pencipta pasti berada di kedudukan yang amat betul dan manusia sebagai seorang hamba juga tidaklah keterlaluan.
Qiam, Sujud, Rukuk dan Tahiyat adalah perbuatan yang paling mulia. Jika kita lihat dalam pemujaan lain, Tuhan dijadikan berbagai fahaman dan manusia pula dijadikan hamba yang keterlaluan.  Oleh yang demikian Solat merupakan Ibadat dan Cara penghubung yang paling sesuai dalam beribadat kepada Allah SWT Yang Maha Pencipta.
Rujukan dan Rumusan daripada :
Berdialog dengan Allah SWT, m/s: 32-40.

Cara mudah membina Mahligai di Syurga

Dengan membaca surah Al-Ikhlas 10 kali  Allah SWT telah membina Mahligai untuk anda di Akhirat.
Dengan membaca لا حول ولا قوة  إلا با لله Allah SWT akan memberi khazanah kekayaan di Syurga nanti.
Sila baca dan bantulah saya untuk sama-sama mencari pahala serta Amal Jariah di Jalan Allah SWT.
Betapa banyaknya pahala bagi mereka yang menggunakan kepakaran IT untuk meletakkan kalimah Allah SWT di tempat yang paling tinggi.

Semoga Allah SWT membuka hati kita semua untuk beribadat kepada Allah SWT dalam semua keadaan dan masa.

No comments: