Saturday, July 5, 2014

Keindahan Alam Semulajadi...Syurga Dunia

Relaks Minda dan lihatlah keindahan alam ciptaan Ilahi. Terpesona pandangan dan mententeramkan jiwa. Keindahan yang sungguh mengasyikkan...membuat diri terpukau hingga tertawan hati dan perasaan.
Keindahan yang mengingatkan kita akan kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta yang menjadikan alam ini untuk kita diami dan nikmati.
relaks minda 
relaks mindarelaks minda 
relaks minda 
relaks minda
Lihatlah Alam ciptaan Ilahi ini mengingatkan kita tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang mempunyai 99 sifat dan nama. Betapa kerdil dan lemahnya kita di sisinya. Hayati kesemua sifat-sifatNya dan lihatlah alam yang terbentang luas ini... Pasti anda kan berasa begitu takut dan tunduk sujud kepadaNya.
relaks mindarelaks minda 
relaks minda
Nikmati keindahan air terjun yang sungguh menenangkan. Irama percikan air yang mengalir jatuh sungguh mengasyikkan dan mendamaikan. Kesejukan air dan udara yang nyaman pasti menyegarkan
Lihatlah betapa kompleksnya ciptaan Allah SWT ini... Tidak termampu kita untuk menandinginya.  Ya Allah, kau sungguh berkuasa...dan dengan kuasaMu jugalah segala permintaan mampu kau makbulkan.
makna ayat
Ya Allah... Kau lah yang Maha berkuasa. Kepadamu sahaja tempat ku bermohon dan mengadu. Kau juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Kau makbulkanlah segala permintaan ku.
percutian menarikpercutian menarik 
pulau indah
Keindahan alam memberikan kita suasana untuk berehat dari segala kesibukan. Tempat dimana kita mendapat ketenangan jiwa dan minda. Hanya bertemankan alam yang indah...kita akan kembali segar dan bertenaga. Minda kembali cerdas...Hati menjadi tenang. 
relaks minda
Ketenangan hati penting untuk kita menetapkan pendirian, mengawal diri dan bertindak positif. Syaitan akan mudah menggoda dan menghasut jika hati tidak tenang. Hati yang tenang dan bersih akan dapat menyerlahkan keperibadian yang mulia.  Sentiasa ingat akan Allah...Berzikirlah...
relaks mindarelaks minda 
relaks minda
Lihat keindahan laut dan pantai. Laut yang luas membiru... Angin yang bertiup sayu mengarahkan ombak ke pantai yang memutih. Betapa tenangnya menyaksikan keindahan ini... Warna alam yang memukau pandangan. Keindahan yang mengasyikan. 
Deruan ombak yang mempersonakan. Keunikan hidupan di dalam air yang masin sungguh menakjubkan. Begitu indah dan sempurna sekali ciptaan mu Ilahi... Keindahan yang mengingsafi diri akan kekurangan diri... 
pedoman
Tiada yang sempurna sesempurna Mu Ya Allah SWT. Kekurangan diri yang sering membawa kepada kemungkaran dan keingkaran akan perintahmu. Sesungguhnya ku bermohon keampunan dan petunjuk dariMu. Berilah aku kekuatan... Ku Beristigfar kepada Mu...ya Allah SWT, tuhanku yang satu.
keindahan alamsubur menghijau 
hijau
Pepohon yang menghijau menyejukkan dan menyegarkan pandangan. Memberi suasana yang amat tenteram dan mendamaikan. Keindahan ciptaan Allah SWT yang sungguh mengagumkan yang bukan sahaja cantik malah sebagai sumber untuk bernafas, makanan dan kegunaan kehidupan. Ia juga ciptaan Allah SWT yang hidup namun tidak bernyawa. Ia juga tunduk kepada penciptaNya. 
bertasbih
Begitulah kita sebagai khalifah di bumi ini... Kita wajib tunduk dan bersujud kepada Tuhan yang Esa. Mengikuti segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Lafazkan kalimah-kalimah agung Allah sebagai tanda syukur, kasih, takut dan ingatan kepadaNya.
indahrelaks 
tenang
Sungguh indah alam ciptaan Allah ini. Pelbagai bentuk dan rupa. Pelbagai warna dan gaya. Keindahan yang sungguh menakjubkan dan mengagumkan. Namun semua ini hanyalah keindahan didunia yang sementara yang akan hancur musnah jua akhirnya. Ada yang lebih indah dan kekal abadi. Tidak tergambar keindahannya...itulah Syurga
Kehidupan kita di dunia ini sungguh singkat... Terlalu banyak masa hanya sibuk dengan kehidupan duniawi. Luangkan juga sedikit masa untuk beribadat. Janganlah sampai terlupa akan bekalan yang harus kita bawa untuk kita nikmati pula Keindahan di Syurga...

No comments: