Wednesday, October 30, 2013

Temui 7 Sifu Terbaik Masa Kini..



MAHU MENGUBAH NASIB?
Bill Gates, yang merupakan antara individu terkaya di dunia pernah berkata….

“Jika anda dilahirkan miskin, ianya bukan salah anda, tetapi jika anda mati dalam keadaan miskin, maka, ianya adalah salah anda!”

Ya! Jika kita dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin, kita tidak boleh menyalahkan ibu-bapa kita ataupun sesiapa, kita tidak boleh pilih untuk lahir dari perut seorang ibu yang kaya.. tetapi kita boleh pilih, untuk mengubah nasib dan perjalanan kehidupan kita.
Seringkali kita dengar Ayat Al-Quran, “Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, hingga mereka mengubahnya”. – Surah Ar-Ra’d, Ayat 11
Perubahan, perlu bermula dari diri kita sendiri, bukan dari ibu-bapa, pasangan, kerajaan, ketua kampung, makcik kantin  atau orang lain… Ianya perlu bermula dari diri kita sendiri.
Persoalannya.. Bagaimana Untuk Mengubah Nasib Kita? 

Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:

SIJIL SAHAJA BELUM MENCUKUPI!

Seorang jutawan pernah berkata di dalam ceramah beliau ..
“Hari ini, jika anda ada diploma atau ijazah, ianya TIDAK akan JAMIN anda menjadi KAYA, paling hebat, ianya sekadar menjamin agar anda TIDAK MISKIN dan mati kelaparan.”
Perkiraannya mudah. Katakan anda memiliki ijazah dan mula bekerja dengan gaji permulaan RM2,000 sebulan.  
Berapakah wang yang boleh anda boleh simpan setiap bulan?
90% individu yang ditemuramah mengatakan , tiada simpanan yang boleh dibuat.
7% mengatakan mereka boleh simpan sekitar 10% dari gaji mereka, iaitu RM200.
2% mengatakan mereka boleh simpan sekitar 20% dari gaji mereka, iaitu RM400.
Dan hanya 1% sahaja yang boleh menyimpan 30% dari gaji mereka, iaitu sekitar RM600 sebulan.
Sekarang… bayangkan anda tergolong di kalangan orang yang paling bertuah tersebut, dan anda mampu menyimpan sebanyak RM600 sebulan dari wang gaji anda.
Jadi, berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan (memiliki RM1 juta)  ?
Ianya akan mengambil masa selama……. 138 tahun!
Ini bermakna… Anda perlu mati sebanyak 2 kali terlebih dahulu (hidup – mati – hidup semula – kemudian mati lagi – dan hidup semula), barulah anda akan menjadi jutawan!
Mohon maaf jika bunyinya agak sedikit kasar. Tapi itulah realitinya…
Kerja > dapat gaji > simpan!  bukanlah cara terbaik untuk menjadi jutawan.
Ada cara yang lebih mudah dan singkat untuk menjadi jutawan!
Mahu tahu caranya?

74% PELUANG UNTUK ANDA MENJADI JUTAWAN
Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:
Menurut kajian yang dibuat oleh Brian Tracy International..
  • 74% jutawan yang ditemui adalah merupakan golongan usahawan yang memiliki perniagaan sendiri
  • 10% jutawan hasil daripada pekerjaan (makan gaji) – senior eksekutif , CEO
  • 10% jutawan dari golongan profesional – doktor pakar, peguam
  • 5% jutawan dari golongan jurujual – agen insuran dan agen kewangan
  • 1% lain-lain – pewaris harta, menang loteri dll
Dari statistik ini, jelas boleh dilihat… satu-satunya peluang yang paling besar untuk anda menjadi jutawan, adalah dengan menjadi “USAHAWAN”. Peluangnya adalah setinggi 74%!
Di dalam salah satu riwayat hadis juga ada mengatakan.. “9/10 rezeki itu adalah menerusi perniagaan”.
Jadi, tidak syak lagi… berniaga, adalah cara paling “pasti” untuk menjadi Jutawan!
Persoalannya..  Anda mahu berniaga apa?

4 BIDANG PERNIAGAAN PEMBUKA PINTU KEKAYAAN

Chef Li di dalam bukunya yang bertajuk “Petunjuk Jalan Kekayaan”, ada membongkarkan 4 bidang perniagaan yang menjadi pintu kepada kekayaan , perniagaan di dalam bidang ini takkan tergugat walaupun dalam situasi gawat.
Permintaan pelanggan terhadap produk yang diusahakan di dalam bidang perniagaan ini, sentiasa wujud dan bertali arus seperti sebuah sungai yang tidak akan surut.
Ianya adalah perniagaan di dalam bidang..
  1. Makanan
  2. Kesihatan & ubat-ubatan
  3. Pakaian
  4. Pendidikan & Latihan
4 perkara ini adalah merupakan keperluan asas kepada kehidupan manusia, segawat mana pun ekonomi, manusia tetap akan memerlukan makanan dan pakaian. Begitu juga dengan kesihatan dan pendidikan, ianya adalah keperluan asas kepada kehidupan manusia.
Di dalam bidang berkaitan makanan contohnya, paling mudah anda boleh beniaga nasi lemak, burger, kuih-muih ataupun air minuman. Itu adalah contoh yang paling ringkas.
Namun begitu, bidang perniagaan makanan bukan terhad kepada menjual makanan yang sudah dimasak sahaja.
Ada banyak lagi perniagaan di dalam bidang makanan yang boleh anda lakukan seperti…
  • Menjadi petani komersil yang mengusahakan tanaman makanan
  • Menjadi penternak haiwan yang membekalkan daging dan tenusu
  • Menjadi pemborong dan penjual bahan makanan mentah dan segar
  • Memproses bahan-bahan mentah dan segar menjadi produk makanan (mee , tauhu, keropok ikan, tempe, daging burger, roti dll)
  • Membekal bahan pelengkap bagi makanan seperti santan dan ais.
  • Memproses dan menjual makanan segera seperti roti canai segera, karipap segera atau pau segera.
  • Membuka warung makanan, restoran ataupun cafe.
Ada 100 lagi idea perniagaan yang boleh anda lakukan.. teruskan membaca jika mahu tahu.

100 IDEA PERNIAGAAN!
Bottom of Form
Kini….  anda sudah tahu bahawa menjadi usahawan itu adalah merupakan salah satu cara yang paling pasti untuk menjadi jutawan.
Anda juga sudah tahu tentang 4 bidang perniagaan yang terbaik untuk anda ceburi.
Anda juga sudah ada 100 Idea perniagaan!

Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:
Jadi! bagaimanakah anda boleh bermula?

PUNCA TIDAK BERMULA!


Sebab paling besar yang menghalang seseorang untuk bertindak dari memulakan perniagaan, adalah kerana mereka takut!.
  • Takut bangkrap
  • Takut barang tak laku
  • Takut nak keluar modal
  • Takut nak jumpa dan bercakap dengan orang
  • Takut duit modal hangus
  • Takut kena tipu pelanggan atau pembekal
  • Takut pelanggan tak ramai
  • Takut kena santau dan buatan orang
Dan pelbagai lagi ketakutan yang akhirnya akan menyebabkan niat untuk berniaga itu terbantut dan akhirnya dilupakan begitu sahaja.
Hanya ada satu sahaja cara untuk mengatasi semua ketakutan itu…..
Iaitu dengan…

IQRA… MENUNTUT ILMU

Iqra.. itulah ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Ia sebenarnya adalah kunci kepada segala kejayaan hidup didunia dan juga di akhirat. Iqra yang bererti “Bacalah..” sebenarnya membawa maksud, tuntutlah ilmu..
Ramai bakal usahawan menjadi “takut untuk bertindak” adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu tentang sesuatu itu secara menyeluruh.
Mereka tidak nampak “The big picture”  bagaimana sesuatu perniagaan itu boleh dilakukan….

Ianya seperti menyuruh seseorang melalui sebuah lorong yang gelap-gelita, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak dibekalkan dengan apa-apa peralatan. Tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin, tidak ada kayu atau senjata untuk mempertahankan diri, tidak ada wisel atau jaket keselamatan, dan tidak ada apa-apa.
Sudah pastinya, akan muncul seribu satu persoalan dan ketakutan di dalam minda mereka..
Bagaimana jika ada jerangkap samar di hadapan?
Bagaimana jika ada perompak yang menyerang mereka di lorong tersebut?
Bagaimana jika ada binatang buas yang datang menerpa?
Disebabkan semua ketakutan itu, mereka akan mengambil keputusan untuk tidak mahu melalui lorong gelap itu.
Tetapi, bagaimana pula jika segala info dan maklumat mengenai lorong gelap itu telah anda ketahui dan anda dibekalkan dengan beberapa barang keperluan untuk melaluinya..
Anda tahu lorong gelap itu sepanjang 1 km
Di penghujung lorong itu ada setimbun jongkong emas.
Anda juga dibekalkan peta, lampu suluh serta beberapa kelengkapan lain.
Anda juga sudah diberitahu, tidak ada sebarang ancaman binatang buas kerana sepanjang lorong itu telah di pagar dengan pagar keselamatan.
Sudah pastinya anda akan berasa sedikit lega dan lebih berani untuk melalui lorong gelap tersebut.
Begitulah juga halnya apabila anda mahu mula berniaga, anda perlu ada “peta serta peralatan asasnya”. Iaitu sedikit perancangan dan juga ilmu-ilmu asas untuk berniaga.
Anda boleh mendapatkan ilmu-ilmu asas tentang perniagaan dengan membaca buku, hadir seminar ataupun bertanya kepada orang-orang yang sudah berniaga.
Amaran : Jangan sesekali bertanya “bagaimana mahu mula berniaga?” kepada orang yang tidak pernah berniaga (sekalipun dia adalah ahli keluarga anda). Seringkali anda akan mendengar jawapan yang mengecewakan dan akan mematahkan semangat anda untuk mula berniaga.
Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:
Anda, Ingin tahu cara lebih mudah dan lebih yakin untuk memulakan perniagaan?

DAPATKAN MENTOR!


Masih ingat tentang cerita “lorong gelap” tadi….
Sekarang bayangkan, bagaimana jika ada seorang penunjuk jalan, yang sudah banyak kali melalui lorong gelap tersebut, dan bersedia untuk menemankan anda melalui lorong gelap tersebut?
Bukankah ianya lebih selamat, lebih yakin dan lebih mudah untuk anda?
Itulah kelebihannya apabila memiliki mentor. Mereka akan membimbing dan memberitahu anda tentang selok-belok di dalam dunia perniagaan. Apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan. Anda tidak perlu lagi melakukan kesilapan-kesilapan kecil atau besar yang orang lain lakukan ataupun kesilapan yang pernah mentor anda sendiri lakukan.
Dengan adanya mentor, insyallah, perjalanan anda dalam dunia perniagaan, akan menjadi lebih mudah dan lancar. Sebarang cabaran dan dugaan, pasti boleh diatasi dengan lebih mudah.
Selain memberikan ilmu dan tunjuk ajar, mentor juga seringkali akan berkongsi network mereka dengan anda.
Mereka akan tunjukkan di mana dan dari siapa untuk mendapatkan bekalan yang murah dan berkualti. Mereka juga seringkali mempunyai rakan-rakan perniagaan yang mungkin dapat membantu anda untuk mengembangkan lagi pasaran serta perniagaan anda kelak.
Itulah juga salah satu rahsia kejayaan perniagaan Nabi Muhammad S.A.W.
Selain mempunyai sifat yang terpuji (jujur & amanah) dalam perniagaan. Nabi Muhammad S.A.W telah belajar berniaga bermentorkan bapa saudaranya, iaitu Abu Talib. Sejak berusia 12 tahun lagi, Nabi Muhammad S.A.W sudah mengikuti Abu Talib pergi berdagang. Dari situ, baginda belajar, bagaimana untuk menjual produk? Produk apa yang paling laku dan senang dijual? Dari mana mendapatkan stok produk? Siapakah pembekal dan pemborong sesuatu produk? Siapakah pelanggan-pelanggan tetap dan pelanggan kaya bagi sesuatu produk? Segala ilmu dan network perniagaan, Nabi Muhammad S.A.W perolehi menerusi mentornya Abu Talib.
Malahan, pelabur pertama kepada perniagaan Nabi Muhammad S.A.W juga datang dari rangkaian (network) Abu Talib.
Abu Talib telah memperkenalkan Nabi Muhammad S.A.W kepada Siti khadijah yang akhirnya bersetuju untuk menjadi pelabur/pemodal kepada  perniagaan Nabi uhammad S.A.W
Itulah kelebihan apabila memiliki mentor, mereka tidak kedekut untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi “network” mereka dengan anda..
Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:
Jadi… bagaimana mahu mendapatkan mentor?

CARA MENDAPATKAN MENTOR!

Ada yang terbayang, untuk mendapatkan mentor dalam perniagaan ini, caranya adalah sama seperti mendapatkan tok guru untuk belajar bersilat.
Pergi ke rumah atau pejabat usahawan-usahawan yang hebat ini dan minta mereka jadi tok guru perniagaan dan minta mereka turunkan segala ilmu mereka kepada anda secepat mungkin dengan begitu sahaja.
Maaf! Ianya bukan semudah itu….
Usahawan-usahawan yang hebat ini selalunya adalah orang yang sangat sibuk. Mereka tidak ada masa untuk melayani orang-orang yang mereka tidak kenali yang secara tiba-tiba datang dan mohon diajari tentang selok-belok berniaga.
Cara terbaik untuk mendekati usahawan jutawan ini adalah dengan hadir ke seminar-seminar yang melibatkan mereka. Pada ketika itu, mereka akan berada di dalam mood “terbuka” untuk berkongsi pengalaman, tips, serta rahsia-rahsia perniagaan mereka.
Mereka juga sedia untuk berkenalan dengan orang-orang baru.
Jadi, pada waktu itulah peluang anda untuk membia hubungan dengan mereka. Perkenalkan diri anda kepada mereka, tegur mereka, berikan kad perniagaan anda kepada mereka, tanya 1-2 soalan dan kemudian bergambar dengan mereka.
Insyallah mereka akan mudah mengingati anda.
Selepas pertemuan itu, anda boleh membuat follow-up, mungkin menyapa mereka di facebook, twitter ataupun email. Lebih elok lagi, jika anda dapat hadir lagi ke beberapa seminar mereka yang lain atau menyertai group kecil yang dikendalikan oleh mereka.
Dengan cara ini, mereka akan lebih mudah untuk menjadi mentor anda.
Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:
Sudah bersedia untuk memiliki mentor?

PELUANG BERTEMU MENTOR

Pada 9&10 November (Sabtu & Ahad) , bertempat di Dewan Convention, Menara TM di Kuala Lumpur. Seramai 7 orang mentor usahawan jutawan akan berkumpul dan memberikan tips serta pengalaman mereka kepada semua peserta-peserta seminar.
7 Mentor Usahawan ini adalah merupakan usahawan yang berjaya dari pelbagai bidang.
Inilah peluang untuk anda bertemu dengan beberapa orang mentor secara serentak dengan kos yang paling minimum.

Mungkin ini akan menjadi detik “turning point” di dalam kehidupan anda untuk berubah dan berjaya dalam dunia perniagaan.
Namun begitu, seminar ini bukanlah untuk semua orang… Jika anda sudah selesa dengan kehidupan anda dan beranggapan, kekayaan itu adalah sumber kepada kejahatan, serta semua orang kaya adalah jahat dan penipu dan mereka semua akan masuk ke neraka di akhirat kelak.
Maka, seminar ini bukanlah untuk anda.
In kerana, di dalam seminar ini nanti, semua mentor akan cuba mencari mantee-mantee untuk mereka bimbing dengan lebih dekat lagi. Jadi, mereka perlukan orang-orang yang berfikiran positif serta mempunyai keinginan dan semangat yang kuat untuk berubah dan berjaya di dalam dunia perniagaan yang diceburi.
Jika anda tergolong di dalam golongan itu, daftar segera ke seminar ini, kerana para mentor sedang menanti kehadiran anda.
Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:
IA BUKAN YURAN, IA ADALAH PELABURAN…

Pelaburan anda, hanyalah RM200…
Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan kepada ilmu untuk diri sendiri, tambahan lagi, anda juga akan berpeluang membina network yang lebih luas apabila hadir ke seminar ini.
Bukan sahaja network dengan mentor-mentor, malah, anda juga berpeluang untuk bernetwork dengan rakan-rakan usahawan yang lain.
Hey! Anda tidak tahu dengan siapa yang akan anda bakal bertemu… mungkin ianya seseorang yang akan menjadi rakan kongsi kepada perniagaan anda kelak. Mungkin juga anda akan bertemu bakal pelabur kepada perniagaan anda….
Tidak mengapa jika anda belum lagi mempunyai apa-apa perniagaan pada hari ini..
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari..
“Sesiapa yang ingin dimudahkan rezekinya atau dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim.”
Dalam konteks bisnes, silaturrahim itu adalah network. Kenali dan bina hubungan dengan seramai orang, kerana, rezeki Allah itu, akan sampai kepada kita menerusi “orang”… ia tidak akan turun dan jatuh dari langit secara tiba-tiba, tetapi ianya akan sampai kepada kita dengan cara orang membeli produk kita, atau orang merekemen rakan-rakannya kepada kita.
Kesemua mereka adalah “orang”…  jadi, bina network dan eratkan silaturrahim dengan ramai orang. Lebih ramai orang yang kita kenali, lebih mudah rezeki akan sampai kepada kita.
Jadi, 3 perkara yang akan anda perolehi apabila hadir ke seminar ini nanti ialah…
  1. Ilmu perniagaan yang sebenar dan praktikal
  2. Mentor yang berwibawa
  3. Network yang berkualiti
Nilainya jauh lebih besar dari RM200 yang anda laburkan.
Perlu diingat, seminar ini adalah untuk tempoh 2 hari! Bukan 1 hari… Tetapi! 2 hari yang dipenuhi dengan aura-aura positif dan suasana yang membakar semangat untuk berjaya dalam perniagaan.
Pelaburan RM200 yang anda keluarkan hari ini, insyallah akan memberikan anda pulangan yang berlipatkali ganda di masa hadapan..

PENDAFTARAN
Top of Form
  • Tiket Seminar Inspirasi & Formula Usahawan (SIFU) - 7 Mentor, 7 Industri*
Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:

Tarikh : 9&10 November 2013
Tempat : Menara TM, Kuala Lumpur

Bottom of Form
Terma & Syarat
1. Bayaran hendaklah dijelaskan dalam masa 3 hari selepas borang pendaftaran diisi. Jika gagal, invois dan pendaftaran anda akan dikira terbatal.
2. Pembatalan : Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan penyertaan dibuat. Walaubagaimanapun , gantian peserta adalah dibenarkan.
3. Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan yang tidak dapat dielakkan tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
 Klik untuk dapatkan ebook percuma anda:
Free Search Engine Submission

No comments: