Sunday, July 14, 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013/ 1434H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia


20120815ami004_Pejabat_Balikpapan_Bayar_Zakat_TribunKaltim1
.
Kadar bayaran zakat fitrah Tahun 2013/1434H yang telah ditentukan mengikut negeri di seluruh Malaysia masih sama sebagaimana kadar zakat fitrah pada tahun lalu (2012/1433H). Kadar zakat fitrah Tahun 2013/1434H tersebut boleh dilihat pada jadual berikut:
 .
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2013
*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras.
*Kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan harga beras gred super tempatan 15%, 10% dan 5% hancur (Beras Nasional)
Umat Islam yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60kg bagi tiap seorang,
.
.

Zakat Fitrah

.
Zakat Fitrah mempunyai maksud dan hikmah yang tersendiri. Islam mensyariatkan zakat fitrah, agar setiap orang yang berpuasa dapat menghayati watak sebenar manusia yang mahu kembali kepada fitrah.
.
Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan dan zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan itu.
.
Ramadhan wajib dilunasi dengan memberikan sedikit kekayaan yang dimiliki kepada orang miskin yang hakikatnya sentiasa merasai keperitan, dan itulah namanya zakat fitrah.
.
Sebab itulah, orang yang berpuasa dengan sepenuh hati, maka mereka akan benar-benar memahami kewajipan zakat fitrah ini dan akan segera menunaikannya, demi mendapat ganjaran besar di sisi Allah سبحانه وتعالى.
.
Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).
.
Selamat menunaikan tanggungjawab wajib kepada Allah سبحانه وتعالى dan sesama insan. Semoga entery dan info ini dapat membantu dan memudahkan antum untuk menunaikan kewajipan membayar zakat tahun  ini.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments: