Wednesday, July 17, 2013

hakikat wafaq

 


assalamualaikum warahmatullah.

Sedikit pembentangan yang ingin diluahkan pengasas

Satu lagi cabang ilmu yang dikenali adalah wafaq,disini pengasas tidak akan mengajar cara mengolah wafaq,,tetapi memberi pemahaman yang mendalam akan hukum menggunakan wafaq.apakah wafaq?adakah haram?jika haram maka anda telah mengharamkan Ulama’ sekelas Imam Ghozali RA dan Imam Ali Al-Buni serta Syekh Abdul Qodir Al-Jailani yang menulis buku berkenaan wafaq.

segelintir mengatakan haram kerana tidak berpandukan nas dan dalil,
ilmu wafaq adalah warisan leluhur,malah diabdikan dalam amalan  para ulama
yang paling penting ia ada di dalam hadis malah dibolehkan oleh Rasulullah

Sabda Nabi : “Bila seorang hamba menulis Basmalah pada batu atau kertas, maka bahwasanya para Malaikat menuliskan untuknya pahala dan memohonkan baginya ampunan (perlindungan) selama tulisan Basmalah itu masih ada pada batu atau kertas itu”. ( HR.Thabrani )

ketika Rosulullah SAW mendapatkan hadiah dari Raja Najasyi berupa sebuah songkok atau kopiah yang mana didalamnya bertulisan sebuah kalimah, maka Rasulullah SAW bersabda siapa yang menulis kalimah tersebut didalam songkoknya ( kopiahnya ) maka ia akan terhindar dari penyakit kepala. Dan sabda Rosulullah SAW barang siapa menulis namaku di kertas atau dimana tempat yang suci niscaya para Malaikat akan memintakan ampun kepada Allah bagi yang menulis tersebut selama namaku masih tertulis ( tidak terhapus )

Berdasarkan hadis benar sekali bahawa Rasulullah membenarkan wafaq.Wafaq adalah pada nama namun pada istilah yang sebenar akan dibentangkan sebentar lagi
BERHENTI MENGKAFIRKAN ULAMA.mengakui bijak ,mengakui umat Muhammad NAMUN iada ciri2 beliau Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah …

Dari Abu Hurairah r.a. katanya
Rasulullah saw bersabda: “seorang hamba (manusia) yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya),maka dia akan terlempar ke neraka sejauh timur dan barat.
jangan menghukum bagai tuhan sedangkan hukuman syirik hanya dipegang Allah
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yg lebih mengetahui akan siapa yg sesat dari jalanNya dan Dialah yg lebih mengetahui akan orang-orang yg mendapat petunjuk. al-An’am 117
Jika tidak tahu buatlah cara tak tahu,,buat apa nak malu,,nanti haru biru elok jadi duri semalu,,dah kena ketuk baru nak tertunduk layu

Allah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 1444 tahun dahulu.Apakah yang ada pada Al-Quran?yaitu mukjizat Nabi yang menjadi bimbingan kepada makhluk sekian alam.Apa pula yang terkandung di dalam Al-Quran..Yakni Huruf-Huruf Allah,,
Apakah huruf tersebut,,Alif,Lam,Mim,Ya
Apakah peranan huruf tersebut?apakah ia hidup?
Kalimah berpenjaga?diiringi malaikat dengan membaca kalimah suci?
Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya seagung-agung ayat dalam Al-Quran adalah ayat Kursi;
sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis dari kebaikan-kebaikannya dan menghapuskan keburukan-keburukannya dari ketika itu sampai esok hari.”
Baginda juga bersabda yang bermaksud : “Sesiapa keluar darirumahnya dan dibacanya ayat Kursi maka Allah mengirim tujuh puluh ribu malaikat yang meminta keampunan serta mendoakannya.”

Mengenai huruf Hijaiyah,,
inilah yang akan cuba dibahaskan
setiap huruf dijaga oleh malaikat,nama-nama malaikat penjaga huruf anda boleh terus bertanya kepada imam di masjid atau mana-mana ustaz yang mempelajari makrifat,pengasas tidak dedahkan disini untuk anda mendapat sendiri kepastian melalui usaha anda
ada yg menyertakan hadis dengan berlagak akan keyakinannya bahawasanya Allah sahaja menjaga ayatul Quran.Sehingga post beliau mengenai wafaq haram di blog dipadam kerana dihujani hujah oleh pengasas,adakah itu sifat seorang mukmin?
Allah menjaga Al-Quran Ya tepat sekali,Allah berkuasa mutlak dalam menjaga sesuatu namun untuk mencakupkan segala sesuatu
Adalah dengan zatnya,melalui kebesaran,melalui ciptaannya,dan ciptaannya itu merupakan Malaikat yg sering
menjadi pegantara untuk melaksanakan urusannya.Ayatul Qursi diturunkan oleh Allah,melalui apa?Melalui MALAIKAT!!Wahyu diturunkan melalui apa?
masih ingat?
Malaikat datang kepadanya dan berkata; “Bacalah”. Muhammad berkata; “Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia memegang dan merangkulku sehingga aku sesak nafas, kemudian dia melepaskan aku, lalu berkata lagi; “Bacalah”. Aku menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia merangkulku untuk yang kedua kalinya sehingga aku sesak nafas, lalu dia melepaskan aku, lalu berkata, “Bacalah”. Aku menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Lalu dia merangkulku untuk ketiga kalinya sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya; “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan, sehingga dengan apa yang belum diketahuinya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Siapa menjaga Qursi Allah?sila cari
Allah menjaga manusia,kuasa mutlak di tangan Allah,jika berkata kun maka matilah ia,namun Allah telah menjadikan perantaranya sebuah bentuk Malaikat untuk menjaga manusia yg dinamakan Malaikat Hafzah.
Benar Allah menjaga manusia,namun melalui apa?Malaikat,kebanyakan urusan Allah akan disempurnakan oleh para malaikat sesuai dengan kehendak-Nya

Malaikat Penjaga Manusia
Firman Allah swt :

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى
يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللّهُ
بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ
Artinya : ”Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (QS. Ar ro’du : 11)
ilmu manusia itu terbatas.Tidak mengapa jika tidak ketahui,,namun jangan lah membuat hukum sendiri.
Terus mempelajari dari yang mursyid,,bukan sebarang orang,,seharusnya yang mendalami ilmu makrifat bukan sahaja syariat,kerana syariat hanya pokoknya,makrifat adalah buahnya.
Tak cukup hanya yang zahir jika tidak diselami batin.Kebesaran Allah juga melalui keadaan ghaib.Ghaib dari yg nyata,nyata dari yang zahir.guru yg memandang pada zahir akan menyempitkan fikiran muridnya malah membawanya ke jalan yang songsang akibat tidak merungkai ilmu Allah melalui keadaan yang ghaib,keadaan yg ghaib ditolak.Sedangkan kekuasaan Allah meliputi kedua keadaan ini..Apa hak anda untuk mengubahnya?

Jika sudah bersedia untuk memahami,,maka bacalah sepertimana yg berikut
Wafaq secara harfiyah berarti جَعَلَهُ مُوَافِقًا أو مُلائِمًا yaitu menjadikan sesuatu itu selaras, , sesuai, harmoni… sedangkan, secara umum Wafaq bererti suatu tulisan yang terdiri dari angka-angka atau huruf-huruf yang disusun secara sistematik mengikuti kaedah yang telah ditentukan untuk membentuk pola energy yang diinginkan yang dapat digunakan sebagai syariat penyembuhan, perlindungan, keselamatan, kemudahan rezeki dll. sesuai dengan keinginan si pembuat wafaq.

Dipermudahkan dalam pengertian penerimaan akal manusia,wafaq digunakan sebagai permudah dari amalan yang bererti rajah dari wafaq berfungsi sebagai lantaran sementara yang ada pada amalan.Yang tiada masa beramal maka boleh gunakan wafaq untuk datangkan khasiat dari amalan seperti pendinding dan pengasih.Jika tidak mahu gunakan wafaq dan mempunyai banyak masa untuk beramal maka boleh gunakan amalan sahaja tanpa guna wafaq..Manakala bagi golongan  yang bijak pandai akan gunakan wafaq sebagai faktor sandaran tambahan,andai kata terlupa amalan atau tiba pada suatu keadaan darurat maka wafaq ini akan berfungsi dengan auto untuk melindungi tuannya sesuai dengan apa yg terpapar pada rajah yang merangkumi pelbagai khasiat,,jika persilatan,maka rajah tersebut akan bertindak kearah pertempuran dan persilatan kepada tuannya,,dengan izin dan kehendak Allah semata-mata.

Sebagian kita mungkin bingung dengan perbezaan istilah wafaq/wafak/awfaq/aufaq/rajah/isim/syakal/dairoh/khatim dll..
Mari kita perjelas…

AWFAQ adalah bentuk jamak dari WAFAQ. Sedangkan WAFAK atau AUFAK adalah maksud yang salah dari WAFAQ. Seperti beberapa kes, ada yg menyebut HIZIB dengan HIJIB, AYAT KURSIY dengan AYAT QURSY, dll. Hati-hati…salah istilah bermakna salah maknanya
Sedangkan ISIM secara harfiyah bererti NAMA, banyak masyarakat menyebut JIMAT dengan ISIM. Mungkin kerana didalam jimat itu tertulis nama-nama Allah, maka disebut ISIM..

SYAKAL bererti BENTUK.. pengasas dan beberapa ahli hikmah Indonesia bersetuju menyamakan istilah RAJAH dengan SYAKAL.. kerana rajah dan syakal bentuknya tidak selalu terdiri dari kotak-kotak angka dan atau huruf.. kadang-kadang berupa symbol atau gambar mistik.
DAIROH biasanya berbentuk lingkaran, juga dipenuhi dengan huruf-huruf dan angka-angka atau kalimat-kalimat suci.

Sedangkan KHATIM bererti cincin, biasanya bentuknya tidak rumit, tetapi menjadi faktor kunci untuk mengakses energynya.. biasanya dipahat pada perak, tembaga atau bahan logam lainnya dan dijadikan cincin.Seperti yang ada dipapar pada post yg lepas (cincin malaikat)
(di bawah adalah Disarikan dari kitab Syarah Doa Jawsyan Kabir, Sabzawari)
Ketika huruf hijaiyah terbagi menjadi 28 makhraj (pengucapan huruf) dan setiap makhraj merupakan manzilah dari manzilah-manzilah bulan yang jumlahnya juga 28, maka tersusunlah huruf-huruf itu ke dalam susunan Abjad. Dan huruf-huruf itu terbagi menjadi:

Pertama: Bertitik dan tidak bertitik, menggambarkan nathiq (bicara) dan shamit (diam).

Kedua: Mengandung empat unsur, yaitu:
Unsur api: alif, ha’ (ه), tha’, shad, mim, fa’, syin.
Unsur udara: ba’, wawu, ya’, nun, shat, ta’, dha’.
Unsur air: jim, za’, kaf, sin, qaf, tsa’, zha’.
Unsur tanah: ha’ (ح), lam, ‘ain, ra’, kha’, ghain.

Ketiga: Dari segi kesendirian dan tidaknya, terbagi menjadi: mufradah, matsani dan matsalis. Mufradah adalah huruf-huruf Muqaththa’ah (yang terdapat di awal surat Al-Qur’an) seperti huruf alif, kaf, dan lam. Matsani seperti dal, dzal, sampai fa’ dan qaf. Matsalis seperti ba’ sampai kha’ dalam susunan Abatatsa. Dari sisi nuqthah (titik): ada yang satu, dua, dan yang tiga.

Keempat: Malfuzhi, masruri, dan malbubi. Malfuzhi adalah huruf yang dalam pelafazhan atau pengucapannya tidak sama antara huruf pertama dan huruf terakhir, misalnya alif dan jim.Masruri adalah huruf yang dalam pengucapannya sama antara huruf pertama dan huruf terakhir, misalnya mim, nun, dan wawu. Malbubi adalah huruf yang pengucapannya terdiri dari dua huruf, misalnya ba, ta; huruf ini juga disebut huruf ‘illiyyah.

Kelima: Mufashshalah dan Muwashshalah. Mufashshalah adalah huruf yang hanya bisa disambung dengan huruf sebelumnya, yaitu alif, wawu, dzal, ra’, za’, dan dal. Muwashshalah adalah huruf yang bisa disambung dengan huruf sebelum dan sesudahnya.

Keenam: Huruf cahaya dan huruf kegelapan. Huruf cahaya adalah: shat, ra’, alif, tha’, ‘ain, lam, ya’, ha’, qaf, nun, mim, sin, kaf, ha’. Yang semuanya terhimpun dalam kalimat:
صِرَاطُ عَلِيٍّ حَقٌّ نُمْسِكُهُ
Jalan Ali benar kita pegang teguh
Dan selain huruf-huruf tersebut adalah huruf kegelapan. Coba kita perhatikan nama-nama semuanya didominasi oleh huruf-huruf cahaya kecuali “Al-Wadûd”.

Ketujuh: Huruf mudghamah (tersembunyi) dan muzhharah (nampak). Masing-masing berjumlah 14 sama dengan pembagian jumlah manzilah bulan. Yang nampak selalu berada di atas bumi, dan yang tersembunyi selalu berada di bawah bumi.
Huruf Mudghamah adalah huruf yang bila diawali (Al) bunyi Al-nya tidak nampak, misalnya Ra’ dan Dal. Huruf Muzhharah adalah huruf yang bila diawali (Al) bunyi Al-nya nampak, misalnya ba’, jim.
Hukum huruf-huruf tersebut memiliki rahasia yang menakjubkan. Misalnya, dalam susunan Abatatsa, “alif” merupakan huruf zat Yang Maha Suci, yakni Al-Awwalu wal Akhiru. Adapun khalifah huruf “alif” adalah “ya’” dan “wawu”, keduanya termasuk huruf layyinah dalam menjelaskan semua huruf, sebagaimana wujud Yang Maha Suci adalah sumber dari semua wujud, dan hal ini terkandung dalam doa, misalnya:
يا من كل شيئ قائم بك
Wahai Zat yang segala sesuatu terwujud karena keberadaan-Mu
Tak ubahnya kwalitas suara dan perbedaannya terjadi di udara karena ketergantungan gelombang pada sumber gelombang.

Karena itu kita tidak akan menemukan dua bentuk yang sama dalam semua wujud berdasarkan hukum penampakan Ahadiyah (hukum Alif dan ba’) dan penampakan nama “Man laysa kamitslihi syay-un ” (Dia yang tidak diserupai oleh segala sesuatu). Demikian juga kita tidak akan mendapatkan dua suara dalam wujud yang sama, sebagaimana hal ini digambarkan oleh Allah swt dalam firman-Nya:
وَ مِنْ ءَايَتِهِ خَلْقُ السمَاوَاتِ وَ الأَرْضِ وَ اخْتِلاََف أَلْسِنَتِكمْ وَ أَلْوَانِكمْ إِنَّ فى ذَلِك لاَيَاتٍ لِّلْعَلِمِينَ
“Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah penciptaan langit dan bumi, dan perbedaan bahasa dan warna kulitmu, sesungguhnya dalam hal itu ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi semesta alam.” (Ar-Rum: 22).

Allah Maha Mendengar suara ini dan semua suara yang kwalitasnya telah terjadi dan akan terjadi di udara, dengan satu pendengaran yang sifatnya hudhuri dan isyraqi (pengenalan tingkat rasa).
Berikut adalah hadis-hadis untuk memperkuatkan lagi keyakinan anda,,namun harus diingatkan sekiranya penggunaan hadis diguna pakai untuk memperbolehkan tujuan yg haram seperti merompak,,maka laknatlah sipengguna diisi bumi,dilaknat para malaikat,dilaknat Allah dan sekalian makhluk.

hadis 1 :-

Abdullah Hannafi bin Abdul Yazid Al Harqani dari Hudzaifah Al Adawy dari Yahya bin Malik menceritakan, bahawa ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj sebelum perang Badar, mengatakan kepada kawannya dan didengar oleh Rasullullah SAW…Lelaki itu mengatakan: ;’ AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) DAN RUQYAH ITU ADALAH HARAM HUKUMNYA
Nabi SAW bersabda kepadanya….’APAKAH ENGKAU TELAH MENERIMA WAHYU ALLAH SEBELUM AKU, MENGENAI HAL ITU?”…dan lelaki itu pun berlalu pergi dengan perassan malu atas ucapan sindiran Rasullullah SAW…dan dari semenjak itu, dirinya tidak penah terlihat lagi sampai perang badar selesai…(HR MUSLIM).

hadis 2 :-

Ibnu Abbas ra menceritakan kepada Abdu Manaf Al Makhzummy bin Abi Al Arqam, bahawa ketika Rasulullah SAW melihat seorang lelaki dari kaum anshar tengah mengikat sesuatu pada kepala orang yang terkena penyakit gila.. lalu beliau bersabda….”Apa yang kamu ikatkan dikepala orang itu….
Jawab lelaki itu ” Ya Rasulullah, ku ikatkan dia dengan azhiimah (awfaq atau wafaq)..
Rasullullah SAW…” Tidak mengapa, jika mendatangkan manfaat para orang itu” (HR Ibnu Abbas)

hadis 3 :-

Abdullah bin Makrumah bin Abdul Uza meriwayatkan kepada Abu Haqqah bin Makhsy dari Abu Mukhsyim Al Wahat, bahawa Rasullullah SAW sedang berada diatas unta bersama Ali Ra , lalu berjalan seorang lelaki dari kaum al muhajirin, lalu beliau bersabda kepada lelaki itu…”Apa yang ada pada lehermu itu..?”
Jawab lelaki itu…”Azhiimah (awfaq atau wafaq) yang saya buat sendiri ya rasullullah…!
…setelah orang itu berlalu, Ali bertanya..”Yaa Rasullullah, tidakkan engkau melarangnya…? Sabda Rasul SAW….’TIDAK MENGAPA…KERANA AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) ITU BERISIKAN KALAMULLAH

Jika hendak disebarkan hadiahkan fatihah kepada pengajar2 ilmu wafaq,guru2 dan jika tidak keberatan juga untuk pengasas.Moga ilmu Allah yang luas ini dapat kita belajar dan kecapi bersama selagi hayat di kandung badan.Moga bermanafaat
W’slm


Sumber dari;

No comments: