Monday, April 8, 2013

Rahsia BISMILLAH 21 kali


Rahsia BISMILLAH 21 kali

Amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua minit sehaja, namun  anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan in dilakukan semasa mahu tidor pada waktu malam. Cara amalannya seperti berikut:
Semasa mahu tidor pada waktu malam, apabila kita sudah pun di kasur atau katil, setelah baringkan diri, bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini ” Ya Allah, aku mahu bangun 20 minit sebelum azan subuh”. Atau pun begini ” Ya Allah aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk solat tahajjud”.
InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.
Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab kesanya. Kalau anda masih belum yakin atas apa yang ana paparkan disini, anda boleh mencuba sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sugguh mudah sekali.
Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga mendapat faedah-faedah lain juga, antaranya:
  1. Anda akan terjaga tidor sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.
  2. Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari ganguan manusia atau binatang serta gangguan jin.
  3. Terselamat dari sihir atau ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa sesaorang itu tidor.
BEGITULAH KEBESARAN ALLAH!

No comments: