Friday, April 12, 2013

Hal Ehwal Solat Fardhu


Erti Solat

Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum)

Kedudukan Solat Dalam Islam
Solat dalam islam adalah menepati kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadat yang lain . Ia merupakan tiang agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengannya. Dalam hal ini Rasulullah r bersabda :

  رأس الامر الاسلام ، وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.

“Pokok urusan ialah islam , sedangkan tiangnya ialah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”

Disamping itu solat juga merupakan tiang agama dari semua amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah satu amalan yang pertama sekali dihisab . sebagaimana hadis Rasulullah r :

أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني)



“Amalan yang mula-mula dihisab ( diperhitumgkan ) dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika solatnya baik , maka baiklah seluruh amalanya sebaliknya jika buruk solatnya ,maka buruklah pula seluruh amalannya .”

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG SOLAT
Kawasan perkuburan.
Gereja dan Candi/Biara.
Tempat-tempat pembuangan kotoran binatang.
Tempat penyembelihan binatang .
Tengah-tengah jalanraya.
Tempat perteduhan binatang .
Tempat pemandian umum.
Atas atap kaabah.

SYARAT-SYARAT SOLAT
Beragama Islam
Baligh
Suci dari hadas
Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecualai muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
Menghadap kearah kiblat
Mengetahui mana yang termasuk rukun dan mana yang sunat.
RUKUN-RUKUN SOLAT
Niat
Takbiratul Ihram
Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
Rukuk dengan toma`ninah.
I`tidal dengan toma`ninah
Sujud dua kali dengan toma`ninah
Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
Membaca tasyahud akhir
Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
Membaca salam yang pertama
Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian
Terbuka auratnya
Makan minum walaupun hanya sedikit
Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan
Membelakangi kiblat
Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
Tertawa terbahak-bahak
Mendahului imamnya.
Murtad ( terkeluar dari agama islam).

Gerakan & bacaan dalam solat

BERDIRI TEGAK MENGADAP KE ARAH KIBLAT
Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram .
Misalnya solat yang akan di kerjakan  subuh , maka niatnya itu solat subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram). Begitulah seterusnya .

NIAT
  

















Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”


ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”


iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”


iv) Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”

v) Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang  fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.


TAKBIRATUL IHRAM

Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan  takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati . Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm gambarajah).




Takbir permulaan ini di namakan TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir untuk perpindahan dari satu gerakan  ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat sujud).







TANGAN BERSEDAKAP












Selepas kita melakukan takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri .  Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan)

BACAAN DOA IFTITAH

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Selepas membaca doa Iftitah diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah, iaitu :

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 )

مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 )

اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )

 MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK
Selepas membaca surah al-fatihah, di teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang . Adapun surah –surah yang dibaca sesudah al-fatihah itu ialah antara lain :


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ ( 1 ) لاَ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ( 2 )
وَلاَ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ( 3 )
وَلاَ أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ ( 4 )
وَلاَ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ( 5 )
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ( 6 )




بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ( 1 ) اللَّهُ الصَّمَد ( 2 ) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ( 3 )

RUKUK

















Setelah selesai membaca surah-surah yang pendek , kemudian lakukan rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah.(tempat sujud)

Dalam keadaan rukuk ini kita hendaklah membaca tasbih sebanyak tiga kali iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

I'TIDAL
Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca TASMI’ iaitu

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه





Ketika berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca :

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ








SUJUD
Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal : ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.





Hendakhlah membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut :

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ





DUDUK ANTARA 2 SUJUD

Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi.

Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).




Ketika duduk seperti ini kita membaca :-

رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ

“Ya Allah ! ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku , dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku dan berilah keampunan padaku..”  

SUJUD KEDUA


Setelah kita duduk antara dua sujud , kita sujud yang kedua kalinya seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “ALLAHUAKBAR” membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama.



Sampai pada sujud kedua ini , kita telah mendapat satu rakaat .




Jadi yang disebut satu rakaat ini terdiri dari :

Berdiri dengan tangan bersedekap di dada.
Rukuk.
I'tidal
Sujud
Duduj di antara dua sujud, dan
Sujud Kedua

DUDUK TASYAHHUD AWAL

Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaatnya tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini telapak kaki kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan.

Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد  .

 TASYAHHUD AKHIR

Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak  dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.

Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan .

Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Selepas itu disambung dengan membaca doa di bawah ini:
اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيْحِ الدَجَّالِ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ .


 SALAM

           

Setelah selesai membaca tahiyyat akhir, kemudian kita memberi salam , iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu :

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله




Selanjutnya di susuli dengan salam kedua iaitu menoleh ke kiri, sehingga pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari arah belakang sampai mengucapkan salam:
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

DOA QUNUT


Sekiranya kita melakukan solat SUBUH maka ianya disunatkan membaca doa qunut selepas bangkit dari ruku` pada rakaat yang kedua.





اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

No comments: