Monday, October 3, 2011

sesuatu yg bagus yg saya nak share ngan anda semua

>(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
>Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
>terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia
>dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian
>terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang
>yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
>naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
>
>(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
>Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
>nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan
>nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa
>membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya
>dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
>rohaninya.
>
>(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
>Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,
>nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan
>membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca
>ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran
>dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya
>Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak
>terhitung banyaknya.
>Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan
>meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
>para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk
>sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang
>lain :
>Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan
>membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota
>nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal
>dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
>mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu,
>nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah
>sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para
>Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati
>Syahid.
>Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali,
>nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
>terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
>ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
>
>(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
>Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)
>sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
>bahaya.
>
>(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
>Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia
>akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari
>gangguan jin.
>
>(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
>Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia
>akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
>
>(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
>Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang
>mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat
>dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat
>89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada
>orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta
>lagi.
>
>(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
>Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari
>segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh
>penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
>
>(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
>Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap
>sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan
>terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini,
>ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
>mendapat rahmat Allah.
>
>(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
>Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan
>di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
>
>(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
>Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan
>akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah
>ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
>perniagaannya itu.
>
>(12) SURAH YUNUS (Yunus)
>Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang
>hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan
>selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan
>terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
>
>(13) SURAH AL-HUD (Hud)
>Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan
>serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56
>dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari
>gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.
>Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas
>tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
>
>(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
>Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan
>kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia
>akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac
>ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
>kepada anak-anaknya.
>
>(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
>Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari
>petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya
>Penyakit jantungnya akan sembuh.
>
>(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
>anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan
>bida'ah.
>
>(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
>Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas
>perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak
>kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
>
>(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
>Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang
>yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.
>Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari
>perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-
>orang yang setempat dengannya.
>
>(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
>Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
>Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat
>rezeki yang murah.
>
>(20) SURAH MARYAM (Maryam)
>Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan
>di akhirat.
>
>(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
>Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya
>ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
>Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-
>tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan
>akalnya akan sempurna.
>
>(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
>Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan
>mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
>
>(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
>Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
>
>(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
>Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang
>yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya
>lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya
>akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari
>kecurian dan serangan musuh.
>
>(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
>Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi
>yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari
>Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang
>ramai.
>
>(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
>Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu
>air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat
>dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
>
>(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
>Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
>senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
>berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
>
>(28) SURAH AN-NAML (Semut)
>Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal
>kepadanya.
>
>(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
>Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka
>tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51
>hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan
>sempurna dan budi pekertinya akan halus.
>
>(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
>Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
>membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
>
>(31) SURAH AR-RUM (Rum)
>Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang
>hendak menzaliminya.
>
>(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
>Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
>penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca
>ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
>
>(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
>kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-
>gala penyakit ruhani dan jasmani.
>
>(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya
>ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa
>membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan
>membinasakan musuh-musuhnya.
>
>(35) SURAH SABA' (Saba')
>Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
>terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
>
>(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan
>memberkati perniagaannya.
>
>(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
>Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati
>dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya
>akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu
>hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca
>surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-
>maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut
>itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku
>ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
>Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala
>hajat dan cita-citanya.
>Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu
>berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu
>bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
>Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,
>nescaya akan maju perniagaannya itu.
>Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati
>pada malam itu, mesti ia mati syahid.
>Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
>nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
>seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
>mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
>ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat
>surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith
>tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
>
>(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
>Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada
>gangguan jin.
>
>(39) SURAH SHAAD (Shaad)
>Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat
>kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat

'Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"
copyright