Saturday, February 26, 2011

7 Mentaliti usahawan internet…

7 Mentaliti usahawan internet…
Berikut saya kongsikan kembali disini :
1. Mengesan peluang
Usahawan sejati memang cepat menghidu sesuatu peluang. Lebih cepat menghidu suatu peluang itu maka peluang untuk mendapat keuntungan pun semakin besar kerana kalau lambat mungkin pesaing telah wujud dan ini boleh mengurangkan jumlah keuntungan yang diperolehi.
2. Hapuskan halangan minda
Ya! Halangan dalam usaha memang banyak. Tapi semua itu dapat diatasi sekiranya kita dapat mengatasi satu halangan ini iaitu ‘halangan minda’. Halangan minda terbesar ialah tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri menyebabkan langkah pertama pun sukar untuk diambil. Tanpa langkah pertama, bagaimana agaknya untuk melakukan langkah-langkah berikutnya.
3. Tingkatkan kebolehan belajar
Kita mesti cepat belajar. Semakin cepat belajar maka semakin cepat kita boleh lakukan. Cuma nasihat saya, jangan belajar terlalu banyak tanpa melakukan tindakan. Cara terbaik ialah belajar dan terus praktikkan.
4. Keluar dari zon selesa
Yang Amirul maksudkan dengan keluar dari zon selesa ialah sentiasa mempelajari skill lain. Contohnya kalau selama ini kita telah selesa dengan blogging, mungkin kita belajar pula affiliate. Kalau selama ini kita telah belajar affiliate, mungkin sekarang belajar mencipta produk sendiri.
5. Bina jambatan ilmu
Ini boleh dilakukan dengan mengembangkan rangkaian kenalan kita di kalangan mereka yang berpengetahuan. Dengan mengembangkan rangkaian makan kita boleh mempelajari pelbagai ilmu lain daripada orang lain.
6. Melabur untuk minda
Saya rasa ini ramai yang sudah sedia maklum. Pelaburan ini boleh dilakukan dengan membeli bahan maklumat terkini dan menghadiri kursus-kursus tertentu. Pelaburan minda kalau diaplikasikan akan membawa pulangan yang lumayan.
7. Bersyukur
Ya! Dengan cara bersyukur kita akan lebih kenal dengan anugerah yang telah diberikan kepada kita untuk kita majukan lagi diri kita.

copyright

No comments: