Thursday, October 7, 2010

ADA SATU CERITA...

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Saya ada satu cerita nak diceritakan kepada anda.
Di suatu tengah hari dalam sebuah bas...
Pelancong: “Hi, could you please tell me how to go to National
Monumen?”
Pelajar nakal 1: “Wei National Monumen tu benda apa?”
Pelajar nakal 2: “Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.”
Pelajar nakal 1: "Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah
Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. don’t belok-belok.
Don’t belok-belok! Straighttt jer... Ok?”
Pelancong: (Bingung)
Pelajar contoh: "Miss, I can help you, if you wanna go to National
Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the
sign board".
Pelancong: “Thank you very much.”
Pelajar contoh: “Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar.
National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat
kerja.”
Mungkin anda pernah tengok iklan ini di kaca TV. Ya, iklan ini
menggambarkan betapa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lemah
dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan anda? Apakah
situasi anda sama dengan pelajar nakal di atas? Maksud saya anda masih
lagi tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa
Inggeris walaupun anda seorang pelajar universiti. Rentetan daripada
ini juga anda sukar untuk memperoleh pekerjaan setelah menamatkan
pengajian kerana masalah komunikasi Bahasa Inggeris.
Jika jawapan anda ‘Ya’ tidak mengapa. Jangan berdukacita
dan gundah gulana. Sahabat saya saudara Hafiz Lidin kini baru sahaja
melancarkan ebook
http://www.bahasainggeris.com/index.php?ref=mattop


No comments: